punca darah tinggi

stres

10 Makanan Bantu Kurangkan Stres – Semua orang tak boleh melarikan diri dari penyakit stres tak kira muda mahupun tua, kaya mahupun miskin penyakit stres pasti akan datang walaupun untuk seketika. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi gejala stres ini dan salah satu daripadanya adalah melalui pemakanan.

10 Makanan Bantu Kurangkan Stres




BACA LEBIH 200+ KOLEKSI CERITA/GAMBAR LAWAK

1. Kacang – Ia mengandungi magnesium yang dapat membantu untuk mengurangkan lagi penghasilan hormon kortisol (hormon yang menjadi punya stres). Bagaimapun anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya secara berlebihan kerana kacang mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
2. Brokoli – Mengandungi asid folik yang turut membantu dalam mengurangkan stres.
3. Manisan – Hormon Stres juga dikaitkan dengan proses penyimpanan lemak pada bahagian perut. Hanya dengan meletakkan sedikit manisan di bahagian lidah dapat membantu mengurangkan stres yang sedang dialami.
4. Roti gandum berserta jem atau madu – Makanan yang kaya dengan karbohidrat dapat membantu untuk meningkatkan hormon serotonin (hormon yang membantu untuk memperbaiki mood dan juga memberikan ketenangan)
5. Salmon – Asid lemak omega 3 membantu sel-sel otak berfungsi dengan lebih baik. Ia juga berkesan dalam mengurangkan stres yang sedang dialami.
6. Coklat gelap – Ia mengandungi kandungan endorphin yang membantu untuk meningkatkan lagi sistem otak serta mengurangkan stres.
7. Susu – Khasiat susu dapat membantu untuk mengurangkan lagi tekanan darah seseorang dan juga stres.
8. Minuman Coklat – Air coklat panas membantu untuk meningkatkan suhu tubuh yang memberikan keselesaan dan juga meningkatkan fungsi otak.
9. Teh – Satu kajian yang dilakukan oleh University Colege London menunjukkan seseorang yang minum teh empat kali sehari selama enam minggu membantu mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang menjadi punya stres.
10. Air Sejuk – Ia dapat merangsang endorphin yang turut membantu mengurangkan stres.

Sumber : Mingguan Wanita Okt 2014

Antara yang MENARIK...