kartun

kartun

12 Sunnah Masuk Tandas – Bila dikira berapa kali kita masuk tandas sehari pasti tidak terkira bila di jumlahkan berapa tahun kita telah dilahirkan. Rugi sekiranya bila dikira berapa banyak pahala kita sudah terlepas hanya dengan tidak mempraktikkan sunnah masuk tandas ini.

Rasulullah s.a.w telah meninggalkan sunnahnya untuk dijadikan rujukan dalan kehidupan di samping untuk kira meraih pahala. Terdapat lebih daripada 11 sunnah yang boleh diamalkan ketika berada di dalam tandas. Antaranya termasuklah :

1. Masuk dengna kaki kiri dan berdoa. Doa ini menunjukkan kebergantungan kita kepada Allah dalam setiap masa. (“Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.” – Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

2. Memakai selipar di dalam tandas agar tidak terpijak najis.

3. Menutup kepala.

4. Menanggalkan dan meninggalkan apa-apa objek yang ada nama Allah, ayat al-Quran dan Rasul-Nya.

5. Tidak menyebut nama Allah dan memberi salam serta menjawab salam di dalamnya.

6. Beristinjak dengan air dan sesuatu yang dibolehkan melalui syarak.

7. Mengangkat pakaian seperti seluar atau kain agar tidak terkena najis.

8. Ditegah bercakap-cakap dalam tandas.

9. Menyempurnakan ‘hajat’ dalam keadaan mencangkung.

10. Sunnah istibra’ berdeham untuk membuang baki air kecil.

11. Jimatkan penggunaan air.

12. Keluar dengna kaki kanan dan membaca doa (Aku memohon ampun kepada-Mu – Riwayat Muslim dan Abu Dawud)

Sekiranya sunnah ini diamalkan, ia melindungi masa kita daripada menjadi sia-sia. bahkan, memudahkan kita untuk menjana pahala dengna mudah walaupun hanya mempraktikkan satu sunnah Rasulullah s.a.w.

Sumber : Majalah Gen-Q / 33

Antara yang MENARIK...