19 Hari Tiada Kematian Covid-19 Dicatatkan

0
249
views

19 Hari Tiada Kematian Covid-19 Dicatatkan. Dengan penurunan kes COVID19 ini membolehkan KKM meningkatkan ujian bagi jangkitan dalam komuniti melalui survelan klinikal pesakit ILI dan SARI. Kedua-dua pesakit ini mempunyai gejala.

19 Hari Tiada Kematian Covid-19 Dicatatkan

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Pada 3 Julai terdapat 5 kes positif covid-19 dicatatkan yang mana 3 daripadanya kes import dan 2 kes tempatan. 3 kes import dilaporkan pada hari ini melibatkan semua warganegara yang masing-masing pulang dari Qatar, Turki dan Oman.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Kes sembuh bertambah 9 kes kepada 8,446 kes dengan 0 kematian iaitu kekal 121 kes dan 2 dirawat di ICU memerlukan bantuan alat pernafasan.

Amerika Syarikat merekodkan dua hari berturut-turut dengan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi 50,000 kes. Pada 2 Julai, negara itu merekodkan angka kes baharu 52,156 kes.

Brazil juga menunjukan peningkatan kes pada 2 Julai dengan kes baharu sebanyak 44,884 kes, namun ia bukan yang tertinggi pernah dicatatkan.

Kes dunia hari ini juga merekodkan kes tertinggi pernah direkodkan dengan kes harian melebihi 226,723 kes.

Di Asia tenggara, Indonesia mencatatkan kes harian baharu tertinggi pernah direkodkan oleh negara itu dengan 1624 kes positif semalam (2 Julai). Filipina pula mencatatkan 294 kes dan singapura sebanyak 188 kes. Singapura telah memasuki fasa pemulihan ke-2 pada 15 jun lalu dimana kes aktif menurun secara konsisten sejak pertengahan Mei lalu.

Mengambil kira perkembangan semasa di seluruh dunia dan amaran yang telah diberikan WHO, KKM menyeru orang ramai agar tidak alpa dengan penurunan kes di negara kita. Kes boleh kembali meningkat jika kita leka. Jadi, terus patuhi SOP dan amalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa di mana jua kita berada.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here