2 Lagi Kluster Baru Dengan 293 Kes Terbaru

0
152
views

2 Lagi Kluster Baru Dengan 293 Kes Terbaru. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 67 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,283 kes (83.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

2 Lagi Kluster Baru Dengan 293 Kes Terbaru

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Sehingga 4 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 293 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,381 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,961 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 293 kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan bukan warganegara mengembara dari negara:

  • Bangladesh: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan saringan sign-on.

Daripada 292 kes penularan di dalam negara, 269 kes adalah warganegara Malaysia dan 23 kes adalah bukan warganegara. Daripada 292 kes tersebut juga, sebanyak 30 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 206 kes. 

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 126 kes
    • 13 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 12 warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • 14 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan dua (2) warganegara dan 12 bukan warganegara;
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kau Sing yang melibatkan dua (2) warganegara dan 2 bukan warganegara;
    • 78 kes saringan bergejala yang melibatkan 74 warganegara dan empat (4) bukan warganegara;
    • 12 kes saringan kontak rapat yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan masuk kerja yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan masuk wad yang melibatkan bukan warganegara.
  • Kedah: 113 kes 
    • 112 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 111 warganegara dan satu (1) bukan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Rose yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: 31 kes
    • 13 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
    • 13 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara; 
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Embun yang melibatkan warganegara; dan
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat yang melibatkan warganegara.
  • Johor: Lapan (8) kes
    • Enam (6) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan pulang ke negara asal yang melibatkan bukan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan pekerjaan yang melibatkan bukan warganegara.
    ✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kessaringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Negeri Sembilan: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Perak: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11133 yang melibatkan warganegara.
  • Kelantan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Sarawak: Satu (1) kes saringan sign-on yang melibatkan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 28 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 137 kes (1.10 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

DUA (2) KLUSTER BAHARU

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • Sabah (1 kluster); dan
  • Selangor (1 kluster).

1) KLUSTER KAU SING, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Tawau, Sabah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-10755) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 29 tahun yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 25 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam (6) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Daripada tujuh (7) kes yang dikesan positif, sebanyak lima (5) kes merupakan warganegara Malaysia dan dua (2) kes bukan warganegara. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah.

Sehingga 4 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 27 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Tujuh (7) dikesan positif COVID-19;
  • Sembilan (9) individu dikesan negatif; dan
  • 11 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

2) KLUSTER EMBUN, SELANGOR

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Hulu Langat, Selangor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11147) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan empat (4) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sehingga 4 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Lima (5) dikesan positif COVID-19;
  • 21 individu dikesan negatif; dan
  • 26 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here