‘1MALAYSIA, KEMAKMURAN BERSAMA’

Sejak memegang teraju Kerajaan, saya telah
mengambil beberapa langkah penting bagi merangsang
ekonomi negara demi menjamin kesejahteraan rakyat.
Antaranya adalah:
i. Memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan;
ii. Meliberalisasikan 27 subsektor Perkhidmatan dan
Kewangan;
iii. Melaksanakan NKRA dan KPI;
iv. Memansuhkan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan
Asing dan menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS);
v. Melaksanakan program untuk meringankan beban rakyat
termasuk Program Perumahan Rakyat dan infrastruktur
luar bandar; dan
vi. Melancarkan Amanah Saham 1Malaysia untuk menggalakkan
pelaburan dan meningkatkan pendapatan.

STRATEGI PERTAMA: MEMACU NEGARA KE ARAH
EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI
-MENINGKATKAN PELABURAN SWASTA
-MEMPERGIAT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN
DAN PENGKOMERSIALAN
-MEMANFAATKAN SEPENUHNYA NICHE AREAS
-MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN
-MENGGALAKKAN INDUSTRI PEMBINAAN
-MEMPERKASA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
-MEMBANGUNKAN TEKNOLOGI HIJAU
-MENGGALAKKAN INDUSTRI KREATIF

STRATEGI KEDUA: MEMASTIKAN PEMBANGUNAN
HOLISTIK DAN MAPAN
-MENINGKATKAN MODAL INSAN BERKEMAHIRAN TINGGI
-MEMANTAPKAN SISTEM PERBANKAN DAN KEWANGAN
-MEMERANGI RASUAH
-PEMBANGUNAN WILAYAH KORIDOR
-MENINGKATKAN KEBERKESANAN DAN KECEKAPAN
PENGURUSAN

STRATEGI KETIGA: MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
-MENCEGAH JENAYAH
-MENINGKATKAN PENDAPATAN DAN TARAF HIDUP RAKYAT
-MEMPERKASA PRASARANA LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN
-MENAMBAHBAIK PENGANGKUTAN AWAM




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

PERUNTUKAN BAJET 2010 Tuan Yang di-Pertua, 131.
Bagi melaksanakan tiga strategi dan langkah-langkah yang
saya bentangkan tadi, Kerajaan mencadangkan sejumlah
191.5 bilion ringgit diperuntukkan bagi Bajet 2010.
Ini merupakan pengurangan 11.2 peratus, berbanding
peruntukan disemak sebanyak 215.7 bilion ringgit bagi
tahun 2009.

Daripada jumlah Bajet 2010, sebanyak 138.3 bilion ringgit
atau 72.2 peratus adalah untuk perbelanjaan mengurus
dan 53.2 bilion ringgit atau 27.8 peratus bagi perbelanjaan
pembangunan. 132. Di bawah peruntukan mengurus,
sejumlah 42.2 bilion ringgit adalah bagi emolumen dan
20.8 bilion ringgit disediakan bagi Perkhidmatan dan
Bekalan. Manakala, 73.9 bilion ringgit diperuntukkan kepada
Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.

Sejumlah 524 juta ringgit disediakan untuk Pembelian Aset
dan baki sebanyak 800 juta ringgit untuk perbelanjaan lain. 133.
Bagi peruntukan pembangunan pula, sebanyak 25.4 bilion ringgit
disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung
keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan
pembangunan luar bandar. Sejumlah 20.3 bilion ringgit
diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan,
kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
Seterusnya, 3.7 bilion ringgit diperuntukkan bagi
pembangunan sektor keselamatan, 1.8 bilion ringgit bagi
pentadbiran am dan 2 bilion ringgit untuk simpanan luar jangka.

1Malaysia,
Kemakmuran Bersama.

Baca Terperinci di
http://www.bharian.com.my/klikkhas/bajet/Artikel2010/TeksUcapan/20091023185037/Article/index_html atau http://www.1malaysia.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=4408&Itemid=99&lang=bm