Nama Penuh: Lisa Surihani Mohamed Nama Komersel:Lisa Surihani Tarikh Lahir: 23 Mac 1986
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Adik Beradik : anak perempuan tunggal daripada lima beradik dan dia adalah anak keempat.
Status: Berkahwin
Suami : Yusry KRU
Keturunan: melayu+bugis
Tinggi: 5’3
Berat: 45kg
Kerjaya : TV commercials, model, pengacara dan perlakon.
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Undang – Undang (Kepujian) dari Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom.
Biodata Ana Raffali
Nama Penuh: Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali
Nama Komersial: Ana Raffali
Keturunan: Melayu
Tarikh Lahir: 4 November 1985
Umur : 27 tahun (2012)
Status : Sudah Berkahwin (25 Februari 2012)
Suami : Ahmad Aznaim Abdullah
Genre Muzik : Alternative
Taraf Pendidikan: Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Adik Beradik : Anak ke sembilan daripada 11 beradik
Idola: M Nasir , Datuk Siti Nurhaliza
Single
"Hujan Bunga di Kuala Lumpur" (2009)
"Tolong Ingatkan Aku" (2010)
"Kalau Berpacaran" - duet bersama Soohaimi Meor Hassan & menampilkan Altimet (2010)
Sehabis Baik (2011)
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Biodata Ana Raffali
..Iklan dan Promosi Jom TengOk.. ✖ LIKE dan TONTON Iklan Promosi yang ditawarkan ✖
Tekanan atau stres hidup sudah menjadi lumrah kehidupan zaman moden, yang dihadapi oleh semua peringkat umur, tidak kira jantina, bangsa dan agama. Bukan hanya golongan dewasa yang dilimpahi stres di tempat kerja, rumah, jalan raya dan pergaulan masyarakat, malahan kanak-kanak juga dibelenggu pelbagai punca stres. Akan tetapi stres adalah satu perkara yang biasa dalam kehidupan manusia yang normal dan setiap orang akan mengalami stres pada sesuatu masa dalam kehidupannya. Stres adalah hakikat kehidupan yang tidak boleh dielakkan. Stres adalah respons fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi.
Apakah itu stres?
Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.
Apakah punca-punca stres?
Punca-punca stres terdiri daripada :
Dalam diri
Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
Rasa tidak selamat
Pengalaman zaman kanak-kanak
Peristiwa dalam kehidupan
Perwatakan / personaliti
Dilema dalam membuat keputusan
Stres keibubapaan
Sosial
Berpindah rumah
Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
Stres perkahwinan dan rumah tangga
Perhubungan interpersonal yang bermasalah
Masalah di tempat kerja
Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
Masalah/ perubahan persekitaran
Masalah kewangan
Psikologi
Jenis Personaliti
Tragedi
Hilang orang yang dikasihi
Kurang keyakinan diri
Takut untuk gagal
Biologi
Penyakit fizikal yang kronik
Perubahan dalam tubuh (remaja)
Kenali tanda-tanda stres anda…
Tanda-tanda fizikal
Kering mulut
Gementar
Sakit kepala
Masalah tidur
Perubahan selera makan
Cepat letih
Lenguh-lenguh badan
Jantung berdebar-debar
Pernafasan semakin laju
Sakit perut
Cirit-birit
Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
Letih lesu
Tanda-tanda psikologi
Gelisah
Hilang sabar
Mudah marah
Lemah semangat
Risau dan bimbang
Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
Mudah lupa
Takut gagal
Rendah diri
Keresahan
Tidak merasa seronok
Bosan
Low mood dan murung
Tanda-tanda tingkah laku
Merokok berlebihan
Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
Penyalahgunaan dadah dan alkohol
Masalah tabiat makan
Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B
Bertenang
Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
Bernafas secara dalam
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
Berkata : Relakslah....
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
Beribadat
Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.
Berurut
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
Berehat & mendengar muzik
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
Beriadah
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
Bersenam
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
Berfikiran Positif
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.
Umur : 23 Tahun Asal: Pasir Mas, Kelantan
Keluarga: Anak ketiga daripada sembilan beradik
Darah Campuran: Ayah (Melayu) dan ibu (Pakistan-Arab)
Pekerjaan : seorang pelakon, pengacara dan model iklan Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor
Pencapaian: Juara Dewi Remaja 2010
Antara drama lakonannya ialah Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, dan Jiwa dan Lara. Filem lakonannya ialah Azura (versi baru), Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko.
Biodata Neelofa
..Iklan dan Promosi Jom TengOk.. ✖ LIKE dan TONTON Iklan Promosi yang ditawarkan ✖
Merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.
Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.
Nama : Sudirman Hj Arshad
Lahir : Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang
Tinggi : 1.47 meter
Ibu : Puan Hajjah Romlah binti Dahalan
Ayah : Haji Arshad bin Haji Hassan
Sekolah : Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan)
- Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur)
Ijazah undang-undang (LL.B)
Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.
Mula Dikenali apabila memenangi Johan Bintang RTM peringkat akhir
Konsert di Chow Kit Road
Konsert di Chow Kit Road
Pada 15 April 1986, Sudirman menempa nama di dalam Malaysia Book Of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan itu dengan kehebatannya. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Abadi sambil beliau memakai bendera Malaysian.
Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah gelanggang marhaen. Chow Kit menjadi simbol orang-orang kerdil yang juga peminat Sudirman. Maka konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert, sekaligus memberitahu kita Sudirman bukan materialistik.
Penghibur Terbaik Asia
Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di "Asian Popular Music Awards". Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Salem Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya.
Lagu One Thousand Smiles dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Abbey Road Studio, tempat rakaman album bagi penyanyi megastars seperti The Beatles. Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pencapaian Sudirman
Semasa hayatnya dan selepas pemergiannya, Sudirman telah menerima beberapa anugerah dalam bidang seni dan pingat kebesaran.
Penghibur Terbaik RTM 1977 menerusi rancangan "Lukisan Irama" terbitan Doreen Chia.
Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1978
Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1985
Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985
Persembahan Terbaik Juara Lagu TV3 1987
Penyanyi Lelaki Cemerlang Terbaik Anugerah Bintang Cemerlang 1987 melalui lagu Merisik Khabar
Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989
Asia's Number One Performer 1989
Anugerah Guinness
Pingat Ahli Mangku Negara 1988
Pingat Ahli Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang 1992
Darjah Johan Mangku Negara, sempena ulangtahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah, 6 Jun 1992
Penghibur No. 1 Malaysia, dari New Straits Times pada tahun 1993
Anugerah Khas dalam Anugerah Industri Muzik tahun 1993
Sudirman Hj Arshad - Salam Terakhir
Al Fatihah Untuk
Sudirman Hj Arshad
semoga arwah dicucuri rahmat
dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
"Ilmu yang tidak dimenafaatkan umpama pohon yang tidak berbuah"
"Tiap-tiap perkara yang tidak dimulai dengan BISMILLAH, maka akan terputus keberkatannya"
"Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit"
"Modal paling baik dari seorang ialah kerajinannya"
Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).
Anda tidak dapat mengubah masa lampau, tapi anda dapat merusakkan masa kini dengan merisaukan masa depan .
Setiap orang mempunyai keindahan tapi tidak setiap orang melihatnya.
Hati2 pada sahabatmu.... biasanya mereka tak mengatakan dengan jujur apa kekurangan & hal negatif dalam dirimu...
Ambillah kesempatan untuk tertawa, karena itu adalah musik dari jiwa.
Pilihan yang anda buat hari ini biasanya mempengaruhi hari esok anda.
Kata-kata yang kasar tidak dapat meremukkan tulang tapi itu dapat meremukkan hati.
Untuk keluar dari kesulitan, seseorang biasanya harus berjalan menembusnya.
Dengarkan lah apa yg dikatakan musuhmu..... biasanya mereka mengatakan hal2 negatif tentang dirimu dengan jujur....
Kesalahan terbesar yang bisa dibuat oleh manusia di dalam kehidupannya adalah terus-menerus mempunyai rasa takut bahwa mereka akan membuat kesalahan. ( Elbert Hubbard )
Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali setiap kali kita jatuh. ( Confusius )
Hari ini dan kemarin ada kenangan..... Hari esok dan lusa adalah harapan....
"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya? (Tun Dr. Mahathir Mohamad)
"Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup? (Tun Dr. Mahathir Mohamad)
"Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai?(Tun Dr. Mahathir Mohamad)
"Action taken today would mould the future" (Tun Dr. Mahathir Mohamad)
"A good leader in democracy is one who is able to lead as well as be led" (Tun Dr. Mahathir Mohamad)
"Apa sahaja yang anda lakukan tidak penting, tetapi yang sangat penting adalah anda melakukannya" (Mahatma Ghandi)
Mutiara Kata
..Iklan dan Promosi Jom TengOk.. ✖ LIKE dan TONTON Iklan Promosi yang ditawarkan ✖
heee.. semalam baru aku prasan disebalik sisi roti gardenia
yang selalu aku beli ni ada terselit Rukunegara
heee... memang terbaik la roti nie..
dah la murah.. siap letak rukunegara lagi..
memang patut dicontohi oleh syarikat-syarikat lain..
tengok Siap Bendera Malaysia dan Rukunegara
Info Rukunegara
Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat.
Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
..Iklan dan Promosi Jom TengOk.. ✖ LIKE dan TONTON Iklan Promosi yang ditawarkan ✖
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada saudara/saudari yang memberikan kerjasama sebagai responden kajian secara online bertajuk “REAKSI BELIA TERHADAP PERLAKSANAAN PARLIMEN BELIA MALAYSIA ”. Seperti yang telah dijanjikan, bersama-sama ini disertakan kod top-up bernilai RM5.00 sebagai menghargai kerjasama anda.
Maxis : 88722590*****
Selepas menerima kod top-up ini, anda diberikan tempoh selama dua (2) minggu sekiranya terdapat sebarang aduan berhubung kod nombor top-up.
Semoga anda terus memberi sokongan dan berusaha ke arah belia yang cemerlang.
“1 BELIA 1 MALAYSIA”
‘Himpunan Jutaan Belia – Putrajaya Mei 2012’
weee... dah brape puluh aku dapat dari jawab survey..
hik hik hik..
bley la bergayut lepas nie..
Thanks To
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM)
..Iklan dan Promosi Jom TengOk.. ✖ LIKE dan TONTON Iklan Promosi yang ditawarkan ✖
PROGRAM BICARA MINDA BERSAMA YABHG.TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan satu program bicara minda bersama pemimpin tercinta kita iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Che Det. Beliau merupakan bekasPerdana Menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu selama 22 tahun dan beliau akan berkongsi segala pengalaman bersama anda semua terutama dalam bidang kepimpinan.
Sehubungan itu, Program Bicara Minda Bersama YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dilaksanakan khas buat para belia. Program ini terbuka kepada semua kepimpinan belia berumur 18-40 tahun. Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini sila daftarkan diri anda dengan menghubungi nombor berikut:
CIK NURUL ADIBAH – 017-4191190
EN. MOD NADZRI – 013-3479063 / modnadzri@kbs.gov.my
EN.ASRUL - 03-88713294 / asrulabu@kbs.gov.my
CIK MARCELLA – 012-6746640 / marcella@kbs.gov.my
Maklumat program adalah seperti berikut:
TARIKH : 24 FEBRUARI 2012 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN TUN DR. ISMAIL, PWTC, KUALA LUMPUR
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 PETANG
PAKAIAN : FORMAL
Kepada semua yang menjadikan beliau sebagai Idola dan Ikon dalam hidup anda, pasti tidak mahu melepaskan peluang duduk dan bersama-sama menjana minda untuk menjadi seseorang dan mungkin pemimpin yang lebih baik di masa hadapan. Penyertaan adalah TERHAD kepada 1000 orang sahaja.
SILA SAHKAN PENYERTAAN ANDA SEBELUM 21 FEBRUARI 2012.
FIRST COME FIRST SERVE!
..Iklan dan Promosi Jom TengOk.. ✖ LIKE dan TONTON Iklan Promosi yang ditawarkan ✖
Girl: Awak merokok?
Boy: Tak...
Girl: Minum?
Boy: Tak...
Girl: Ada kereta?
Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...
Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
Boy: Bukit Antarabangsa...
Girl: Wah mesti mahal...
Boy: Tak la...cuma RM 950.000 je...
Girl: Dah pernah pegi haji?
Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..
Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?
Boy: Pengarah syarikat..
Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?
Boy: Tipu orang... :P
kadang kadang bila terlampau memilih
merugikan diri sendiri gak :)
so nak memilih biarlah berpada-pada
Cerita Lawak
Calon Suami Kaki Tipu
jangan sampai tersalah pilih :)
..Iklan dan Promosi Jom TengOk.. ✖ LIKE dan TONTON Iklan Promosi yang ditawarkan ✖