Dividen Bonus Tabung Haji 2020-2021





Dividen Bonus Tabung Haji 2020-2021. Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari pada hari Rabu, 3 Mac 2021 menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat dan melalui saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB. 

Dividen Bonus Tabung Haji 2020-2021

kredit : https://www.mole.my/

Alhamdulillah, Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10% selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM2.24 bilion. 

Agihan Keuntungan selepas zakat kepada pendeposit bagi tahun kewangan 2020 adalah berjumlah RM2.24 bilion, iaitu RM103 juta (5%) lebih tinggi berbanding RM2.14 bilion bagi tahun kewangan 2019. Agihan bagi tahun 2020 akan memberi manfaat kepada kira-kira sembilan (9) juta pendeposit TH. Agihan keuntungan ini adalah berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan TH tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995.

Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah selepas mengambil kira zakat. TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan pendeposit TH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima, selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979.

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2020 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2020 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2020. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Dividen 2018 - 1.25%

Dividen 2019 - 3.05%

Dividen 2020 - 3.10%


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.