Cara Daftar Akaun Tabung Haji dan Daftar Haji Secara Online





Cara Daftar Akaun Tabung Haji dan Daftar Haji Secara Online. Kini, pendeposit TH boleh membuat pembukaan akaun secara maya!. Pembukaan Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) boleh dilakukan melalui pautan dan aplikasi THiJARI. Daftar sekarang dan muat turun aplikasi THiJARI di Apple App Store dan Google Play Store.

Cara Daftar Akaun Tabung Haji dan Daftar Haji Secara Online 


Pendeposit hanya perlu melengkapkan butiran secara dalam talian dan kemudian hadir ke mana-mana cawangan TH (dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan) bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan. 

Cara Daftar Online Akaun Tabung Haji

1. Layari https://www.thijari.com.my/

2. Klik -> BUKA SEKARANG | Tiada Akaun TH ?

3. Isi maklumat peribadi.

4. Hadir ke cawangan TH bagi (bawa MyKad dan amaun deposit permulaan) bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.

Tonton Video Ini


Bagi Pendaftaran Haji Secara Online

Hubungi TH Contact Centre di talian 03-6207 1919 untuk daftar haji.
atau : 

2. Login Akaun TH
3. Klik Perkhidmatan Haji
4. Pendaftaran Haji


Pihak TH hanya membenarkan Janji Temu bagi urusan yang kritikal sahaja. Untuk maklumat lanjut:
✅ Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03 - 6207 1919
atau
✅ Emel ke th-info@lth.gov.my

Kebaikan Menggunakan Aplikasi THijari





Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.