Diskaun Saman Sehingga 50 Peratus Menggunakan Aplikasi Mybayar Saman





Diskaun Saman Sehingga 50 Peratus Menggunakan Aplikasi Mybayar Saman. Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 50 peratus melalui aplikasi MyBayar Saman bermula dari 18 Jun 2021 hingga 18 Julai 2021 kepada semua saman yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam. 

Diskaun Saman Sehingga 50 Peratus Menggunakan Aplikasi Mybayar Saman


MyBayar Saman adalah inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai (cashless society) melalui perkhidmatan e-Pembayaran.

Tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk kesalahan-kesalahan utama tahun 2021, kesalahan berkaitan kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos dan kes saman dalam sebutan mahkamah.

Bagi tawaran pengurangan kompaun saman kali ini, aplikasi MyBayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi berkenaan.

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

i) Portal - https://mybayar.rmp.gov.my

ii) Google playstore - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pdrm.mybayarsamanpdrm&hl=en&gl=US

iii) Apple store - https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016

iv) Huawei Appstore - https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Bagi mengelak penularan jangkitan pendemik Covid-19 semua kaunter pembayaran saman di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen akan ditutup semasa pengurangan saman ini diberikan. 

PDRM berharap pengurangan kompaun saman ini akan membantu orang ramai yang terkesan dalam menjelaskan saman-saman mereka yang tertunggak pada masa sukar  pandemik Covid-19 ini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.