Tonton Drama Review Squid Game 2021





Tonton Drama Review Squid Game 2021. Drama terbaru 2021 dari korea yang mencipta fenomena di Malaysia viral baru-baru ini. Drama ini berkisarkan permainan yang mempertaruhkan nyawa bagi mendapatkan wang terkumpul setelah semua peserta mati. Permainan nampak mudah permainan kanak-kanak tapi sekiranya anda tewas anda akan mati. Bagaimana kesudahannya ?

Tonton Drama Review Squid Game 2021


SINOPSIS Squid Game 2021: Mengisahkan seorang lelaki korea bernama Gi-hun yang mempunyai hutang yang banyak dan tinggal berdua bersama emaknya setelah isterinya berkahwin lain dan perlu dengan segera mencari wang untuk membayar semula hutang-hutang tersebut.

Bekas isterinya dan suami barunya pindah ke luar negara bersama-sama anaknya, oleh itu dia perlu duit yang banyak untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya kembali.

Setelah kebuntuan dan putus asa beliau telah bertemu dengan seseorang yang menawarkan bantuan bagi menyelesaikan masalah kewangannya. Beliau perlu bermain satu permainan untuk mendapatkan wang itu.

Setelah bermain barulah beliau mengetahui bahawa permainan tersebut merupakan permainan kalah mati yang mana wang terkumpul merupakan wang gandaan dari kematian peserta permainan.

Menarik untuk disaksikan. Anda juga boleh cuba tonton drama berkaitan Alice Borderland.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.