Pembentangan Bajet 2023 Malaysia PENUH





Pembentangan Bajet 2023 Malaysia PENUH. Perbentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul tadi mendapat perhatian ramai terutamanya mereka yang memerlukan bantuan. Semoga dengan bajet ini dapat membantu sedikit sebanyak yang diperlukan rakyat.

Pembentangan Bajet 2023 

“Bagi isi rumah sehingga empat orang anak pula layak menerima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000. Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM yang disediakan adalah antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.

“Kepada warga emas tiada pasangan serta golongan bujang, mereka akan terus menerima BKM masing-masing sebanyak RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan tertentu,” katanya.

Tengku Zafrul berkata bagi 2023, bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan.

📌Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa pada tahun hadapan

📌Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 akan disalurkan pada Januari 2023 libatkan peruntukan RM825 juta melebihi peruntukan tahun ini RM450 juta

📌Kementerian Pendidikan akan terus terima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM55.6 bilion berbanding RM52.6 bilion tahun ini

📌Gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100 ringgit berbanding RM1,400 hingga RM2,000 

📌Khazanah Nasional akan labur RM1 bilion di bawah Dana Impak pada 2023 

📌EKUINAS sedia pelaburan Dana Asas berjumlah RM100 juta untuk syarikat bumiputera dengan nilai pelaburan minimum RM10 juta untuk setiap pelaburan

📌Kerajaan melalui MDEC akan pelopori usaha transformasi UTC sebagai hab digital

📌Kerajaan cadang penubuhan 2 UTC baharu, selenggara UTC sedia ada dengan peruntukan RM20 juta

📌HRD Corp akan sediakan RM750 juta untuk beri latihan kemahiran kepada lebih 800 ribu pekerja bagi tingkatkan produktiviti dan peluang pendapatan

📌RM10 juta disediakan kepada CREST untuk bangunkan aplikasi bagi industry automotive

📌Dana pelaburan lebih RM1 bilion akan diwujudkan sebagai pendekatan strategik bagi tarik lebih banyak pelaburan nilai tambah tinggi

📌Kerajaan komited capai tangga 10 teratas dunia sebagai negara berdaya saing menjelang 2025

📌RM20 juta disediakan secara geran padanan untuk pembangunan produk industri peranti perubatan

📌RM20 juta disediakan bagi laksanakan Program Usahawan Siswazah (PUSh) untuk manfaat 1,000 graduan ceburi bidang keusahawanan

📌Insentif cukai pendapatan bagi pengeluar produk farmaseutikal tempatan dilanjutkan sehingga akhir 2025 

📌Kerajaan cadang status khas bagi Kompleks Petroleum Pengerang untuk insentif pelaburan industri kimia dan petrokimia

📌Cradle Fund akan sediakan peruntukan RM50 juta bagi membantu lebih banyak syarikat pemula berinovasi di peringkat antarabangsa

 📌 SemarakNiaga 2023 ditambah baik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM45 bilion, berbanding RM40 bilion yang diumumkan bagi tahun 2022 - Tengku Zafrul

📌 e-Pemula akan diteruskan dengan kredit dinaikkan kepada RM200, beri manfaat dua juta belia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas libatkan peruntukan RM400 juta 

📌 Paras defisit bagi 2023 hingga 2025 dijangka terus berkurang kepada purata 4.4 peratus berbanding KDNK - Tengku Zafrul

📌 Defisit fiskal 2023 diunjur berkurang kepada 5.5 peratus KDNK berbanding 5.8 peratus pada tahun 2022 - Tengku Zafrul

📌 Kerajaan komited teruskan program Jualan Murah Keluarga Malaysia di seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta 

📌 Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif e-Invois dan Tax Identification Number (TIN) secara berperingkat mulai tahun 2023 bagi memastikan sumber hasil yang mampan - Tengku Zafrul

 📌 Insentif Penggajian di bawah Perkeso diteruskan bagi galakkan majikan sediakan pekerjaan kepada yang menganggur seperti golongan OKU, orang asli, bekas banduan dan wanita yang kembali bekerja 

📌 Petronas bercadang sumbang RM2 bilion ke dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) pada tahun 2023 - Tengku Zafrul

📌 RM150 juta disediakan di bawah Insentif Penggajian Perkeso, dijangka dapat buka peluang kerjaya kepada lebih 70 ribu pencari kerja

📌 Pelaksanaan MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50 ribu peluang kerjaya secara kontrak merangkumi 15 ribu dalam sektor awam dan 35 ribu melalui GLC

📌 sebanyak RM250 juta disediakan untuk sokong perlaksanaan projek PPP berimpak tinggi -- Tengku Zafrul

📌 Pelan Induk Kerjasama Awam Swasta 2023-2032 akan dilancarkan bagi perkenal model PPP baharu -- Tengku Zafrul

📌 Kerajaan cadang beri Elaun Modal Dipercepatkan dan mengecualikan cukai pendapatan 100 peratus ke atas perbelanjaan modal bagi memacu produktiviti, kecekapan melalui automasi - Tengku Zafrul

📌 KWSP akan teruskan pembangunan Kwasa Damansara, wujudkan lebih 6,000 peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan RM3 bilion sehingga 2025

📌 Kerajaan cadang lanjutkan insentif cukai bagi syarikat bersatus BioNexus untuk permohonan yang diterima sehingga hujung 2024 - Tengku Zafrul

📌 GLC, GLIC, komited buat pelaburan sehingga RM50 bilion bagi tahun 2023 – Tengku Zafrul

📌 Kerajaan cadang lanjut galakan cukai bagi pembangunan harta intelek sehingga 31 Dis, 2025 – Tengku Zafrul

Pembentangan Bajet 2023:

📍 Pengecualian bayaran duti setem 100 peratus atas pembelian rumah bernilai RM300,000 bakal jimatkan RM6,500 

📍 Pengecualian bayaran duti setem 75 peratus atas pembelian rumah RM750,000 bakal jimatkan wang rakyat sebanyak RM15,000 

📍 Di bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang lahir anak pada 2023 akan diberi bantuan tunai one-off RM500 dengan peruntukan RM150 juta 

📍 Bagi ringankan beban ibu bapa yang beri pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan setuju lanjutkan sehingga tahun taksiran 2024 pelepasan cukai sehingga RM3,000 ke atas bayaran yuran Taska dan Tadika berdaftar 

📍 RM188 juta disediakan bagi program awal pendidikan kanak-kanak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat  (KEMAS) termasuk pembinaan 10 taska KEMAS

#Bajet2023 Bantuan khas Aidilfitri 2023 penjawat awam RM600, bantuan khas kewangan RM700

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.