374 Kes 3 Kematian Dan 6 Kluster Baru

0
139
views

374 Kes 3 Kematian Dan 6 Kluster Baru. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 73 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,780kes (71.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

374 Kes 3 Kematian Dan 6 Kluster Baru

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Sehingga 10 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 374 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,096 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 4,161kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 374 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dari Filipina dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara.

Daripada 372 kes penularan di dalam negara, 343 kes adalah warganegara Malaysia dan 29 kes adalah bukan warganegara. Daripada 372 kes penularan di dalam negara, 17 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 341 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 277 kes
    • 113 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 31 kes daripada kluster-kluster sediada;
    • 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Highway; dan
    • 118 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    ✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



  • Selangor: 44 kes
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sediada;
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Manggis;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Utama;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tasik;
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Simera;dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 27 kes daripada Kluster Tembok.
  • Sarawak: 9 kes
    • Empat (4) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Putra; dan
    • Satu (1) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 4 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sediada;
    • Satu (1) kes saringan COVID-19 lain.
  • Pulau Pinang: Tiga (3) kes daripada Kluster Penjara Reman.
  • Johor: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sediada.

Sehingga kini, terdapat 73 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

ENAM (6) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri:

  • Selangor – Empat (4) kluster;
  • Sabah – Satu (1) kluster; dan
  • Sarawak – Satu (1) kluster.

3 Kes Kematian

  • Lelaki WN Umur 61 di Hospital Tawau
  • Perempuan WN umur 54 di Hospital Queen Elizabeth
  • Lelaki WN umur 51 di Hospital Semporna

Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here