4 Beza Hotel Malaysia dengan Hotel Luar Negara

0
450
views
Hotel Mewah
Gambar Hiasan

4 Beza Hotel Malaysia dengan Hotel Luar Negara – Bagi yang belum ke luar negara, atau jarang ke hotel mungkin tidak sedar satu perkara — menginap di hotel Malaysia jauh lebih mudah dari di luar negara. Selain makanan halal yang ada di mana-mana, banyak lagi perkara lain yang kita tidak sedar.

Perkara paling penting bagi mereka yang suka melancong adalah tempat penginapan yang selesa dan selamat. Memang benar terdapat banyak penginapan terutamanya hotel yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan tapi tak semua hotel yang ada memenuhi kateria yang kita kehendaki.

Berikut adalah 4 perkara yang jarang kita syukuri sewaktu menginap di hotel dalam negara ini.

1. Tip Tidak Wajib – Ya. Di Malaysia, tip untuk budak pembawa beg, pengemas bilik sampailah ke penjaga tuala mandi di tepi kolam renang semuanya optional. Jarang ada staff hotel yang terhegeh-hegeh hulur tangan mintak tips.

Kalau adapun bukan di hotel, tapi cuma dalam filem Badul tahun 80-an.Kalau di luar negara, kita yang tidak biasa memberi tip ni akan dianggap kedekut atau tidak tahu adab. Itu juga sebabnya staff hotel lebih suka melayan pelancong asing dengan mesra daripada melayan kita orang tempatan. Bukanya apa, dengan orang luar, selalunya ada tip, tapi dengan orang kita, jarang-jarang mereka dapat wang upah.

2. Quran di Bilik – Sebenarnya sewaktu zaman ayah-ayah kita dulu, kebanyakan hotel di Malaysia meletakkan Bible di bilik. Sekarang pun sama. Tapi sudah banyak hotel yang beralih daripada Bible kepada Quran yang diberi oleh Jakim. Ada juga yang meletakkan hanya terjemahan Quran di bilik sebagai menjaga kesucian kitab ini dari dipermainkan oleh orang beragama lain. Cuma sayangnya, ramai antara kita yang lebih suka membaca suratkhabar dari membaca Quran di dalam bilik.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Tidak cukup dengan itu, hampir semua hotel sudah ada arah anak panah ke kaabah. Anda hanya perlu mencarinya anak panah itu di atas dinding hotel ataupun dengan membuka laci meja tulis. Jika tiada sejadah, minta saja dari housekeeping.

3. Tandas – Di luar negara, paip air selalunya hanya di singki atau di dalam bath tub. Untuk membersih  najis,selalunya digunakan kertas tisu. Tetapi di sini, orang Melayu sudah biasa untuk gunakan air selepas membuang air. Jadi di Malaysia, kebanyakan hotelnya, tak kiralah samada hotel murah atau hotel 5 bintang, kebanyakannya mempunyai paip air di tepi.

Hotel besar 5 bintang pula kebanyakannya menggunakan toilet dengan bidet (paip kecil di bahagian belakang jamban). Menariknya, tandas dengan bidet ini popular sebagai alternatif kepada tisu bukan saja di negara Islam tetapi juga di Eropah.

4. Sudah ada “hotel Islam” – Tidak seperti negara Barat, di Malaysia sudah ada hotel-hotel yang berkonsepkan hotel Islamik iaitu hotel dengan staff-staff yang menutup aurat, makanannya halal, adanya surau besar dalam hotel dan tiada arak dan penyanyi seksi di kawasan lounge.

Walaupun ada yang menganggapnya sebagai gimik sahaja, tetapi apa yang dibuat ini perlu dipuji. Bukan apa, banyak lagi hotel di Malaysia ini yang menyajikan makanan yang tidak sesuai dengan orang Islam. Arak dan gelatin haiwan kerap diguna untuk kek atau dalam masakan dan ianya diguna tanpa rasa bersalah oleh sesetengah chef.

Jadi, syukurlah bila ada hotel yang cuba mengetengahkan konsep Islamik di Malaysia. Antara hotel berkonsep begitu ialah Hotel De Palma di Shah Alam.

Apa pendapat anda? Bagi yang sudah biasa melancong ke luar negara, apa lagi beza antara menginap di hotel Malaysia berbanding dengan hotel di tempat orang ?

Profil Penulis : Iskandar Suhaimi merupakan antara penulis untuk laman web pelancongan bagi kota Kuala Lumpur di JomJalan.com.my . Dengan JomJalan, anda boleh mencari tempat menarik serta menempah hotel di kota ini di bawah 5 miinit.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here