4 Doa Keluarga Bahagia. Keluarga bahagia idaman semua insan lebih-lebih orang beriman. Mukmin, hidupnya di dunia memang bermatlamatkan menjadikan diri dan ahli keluarga sebagai orang terbaik. Demikian antara sifat hamba al-Rahman yang didedahkan Allah dalam surah al-Furqan, ayat 63 hingga 76.

4 Doa Keluarga Bahagia

Suami Isteri

Lalu doa antara ramuan wajib dalam usaha mereka membentuk keluarga bahagia masing-masing. Untuk itu, Allah titipkan sekian banyak doa berkaitan, antaranya empat doa berikut:

1. Doa Agar Menjadi Keluarga Terbaik

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Wahai Tuhan kami, kurniai kami pasangan dan zuriat yang menyejukkan mata dan dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang bertakwa.” (Surah al-Furqan 25: 74)
Catatan: Inilah doa wajib para hamba al-Rahman.

2. Doa agar ahli keluarga menjadi orang soleh




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ
وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doaku. Wahai Tuhan kami, ampuni aku, kedua-dua ibu bapaku dan orang beriman pada hari perhitungan.” (Surah Ibrahim 14: 40-41)

Catatan: Ini doa nabi Ibrahim sewaktu menziarahi anak dan isterinya yang ditinggalkan di Makkah.

3. Doa suami-isteri

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Wahai Tuhan Kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan menyayangi kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi.” (Surah al-A‘raf 7: 23)

Catatan: Ini doa Nabi Adam dan Hawa setelah terlanjur di dalam syurga sebelum diturunkan ke bumi. Suami isteri yang baik ialah orang yang cenderung melihat kesalahan diri sendiri terlebih dahulu daripada melihat kesalahan pasangannya.

4. Doa agar tiada dendam sesama ahli keluarga

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ
وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا
لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

“Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat pelemput dan pengasih.” (Surah al-Hashr 59: 10)

EzyDakwah Siri 40 @ Solusi 106