4 Lagi Kluster Baru Dikesan Melibatkan Kes Import

0
211
views

4 Lagi Kluster Baru Dikesan Melibatkan Kes Import. Daripada 18 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 10 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 7 orang warganegara Malaysia dan 3 bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

4 Lagi Kluster Baru Dikesan Melibatkan Kes Import

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Daripada 8 kes penularan di dalam negara, 6 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan 2 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. 2 kes di kalangan bukan warganegara adalah susulan 2 kes didapati positif, iaitu kontak rapat kepada kes ke-8723 yang merupakan krew kapal LNG Jupiter (Kluster Jupiter).

Kes import adalah daripada:
• Australia (4 kes)
• Kazakhstan (2 kes)
• Jepun (2 kes)
• Pakistan (1 kes)
• Qatar (1 kes)

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (6 kes) adalah :
Sarawak – 4 kes:
o 1 kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Umum Sarawak;
o 1 kes daripada Kluster Pusat Perubatan Kuching iaitu kontak rapat kepada kes ke-8734 (petugas kesihatan di sebuah pusat perubatan di Kuching);
o 2 kes saringan di tempat kerja. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak;

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Terengganu: 2 kes yang merupakan kontak rapat kepada kes ke-8737 (Kluster PUI Pitakwa).

Bagi kes jangkitan dalam negara (2 kes) di kalangan bukan warganegara pula adalah seperti berikut:
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 1 kes yang merupakan kontak rapat kepada kes ke-8730 (Kluster PUI Shirala);
Selangor: 1 kes saringan sebelum berlepas ke luar negara. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Terdapat 3 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di ICU di mana tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan. Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 122 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

  • 18 kes baharu (10 import, 8 tempatan)
  • 4 kluster baharu dikesan
  • Kluster Pitakwa: 44 kontak rapat dikenalpasti dan disaring, 2 positif dan 39 tunggu keputusan
  • Kluster Pusat Perubatan Kuching: 26 kontak rapat dikenalpasti dan disaring, 1 positif dan 25 negatif.
  • Kluster Jupiter: 29 kontak rapat telah dikenalpasti, 2 positif dan 27 negatif. Kluster Jupiter adalah terpencil dan tidak terdedah kepada penduduk tempatan.

1. Kluster PUI Shirala
2. Kluster PUI Pitakwa
3. Kluster Pusat Perubatan Kuching (hospital swasta)
4. Kluster Jupiter

Kluster PUI shirala dan Pitakwa adalah kluster jangkitan tempatan berpunca dari kes import.

Kluster Jupiter pula adalah kluster dari kes import iaitu kluster terpencil di dalam kapal LNG Jupiter.

kredit : KKM


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here