4 Loji Rawatan Air Telah Kembali Beroperasi

0
177
views

4 Loji Rawatan Air Telah Kembali Beroperasi. Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula. Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dikemaskini dari semasa ke semasa di FB, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di airselangor.com.

4 Loji Rawatan Air Telah Kembali Beroperasi

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor – BERNAMA

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 10.30 malam, 4 september 2020 secara berperingkat-peringkat.

✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



Keempat-empat LRA ini mengambil masa selama 10 jam untuk aktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA supaya dapat beroperasi sepenuhnya bagi mengisi kolam imbangan sehingga ke paras 4 meter yang dijangka selesai pada jam 8.30 pagi ini sebelum dapat diagihkan kepada para pengguna.

Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan setelah sistem agihan bekalan air distabilkan terlebih dahulu.

kredit : Air Selangor


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here