432 Kes Tertinggi Di Malaysia Dicatatkan Dan 3 Kluster Baru

0
104
views

432 Kes Tertinggi Di Malaysia Dicatatkan Dan 3 Kluster Baru. Terdapat 432 kes baharu yang telah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,813 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,336 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

432 Kes Tertinggi Di Malaysia Dicatatkan Dan 3 Kluster Baru

Daripada 432 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan satu (1) bukan warganegara mengembara dari negara:

• India: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan warganegara;
• Kuwait: Satu (1) kes dilaporkan di Sarawak yang merupakan warganegara; dan
• Myanmar: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan bukan warganegara.

Daripada 429 kes penularan di dalam negara, 409 kes adalah warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara. Daripada 429 kes tersebut juga, sebanyak 224 kes adalah merupakan kes yang dikesan daripada Kluster Tembok iaitu di Penjara di Kedah. 29 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 235 kes.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 130 kes

  • 57 kes saringan bergejala yang melibatkan 54 warganegara dan tiga (3) bukan warganegara;
  • 39 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 38 warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
  • 16 kes saringan kontak rapat yang melibatkan 11 warganegara dan lima (5) bukan warganegara;
  • Enam (6) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan lima (5) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
  • Tiga (3) kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara;
  • Tiga (3) kes saringan tempat kerja yang melibatkan warganegara;
  • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara;
  • Dua (2) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes Influenza-Like Illness (ILI) yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes pra pembedahan yang melibatkan warganegara.

• Kedah: 241 kes

  • 224 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 215 warganegara dan sembilan (9) bukan warganegara;
  • 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Sintok yang kesemuanya melibatkan warganegara;
  • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jeram yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Ketil yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara.

• Selangor: 34 kes

  • 17 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara;
  • Sembilan (9) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara;
  • Tiga (3) kes daripada Kluster Seri Anggerik yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes daripada Kluster Benteng PK yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes bergejala yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11143 yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes saringan sign off kapal yang melibatkan bukan warganegara.

• Terengganu: Lima (5) kes

  • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Tanjung yang melibatkan warganegara; dan
  • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-12082 yang melibatkan warganegara.

• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lima (5) kes

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



  • Dua (2) kes daripada Kluster Seri Setia yang melibatkan warganegara;
  • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.
    • Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

• Johor: Dua (2) kes

  • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara.

  • • Perak: Dua (2) kes
  • Satu (1) saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) saringan kemasukan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang melibatkan warganegara.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada Kluster Selasih yang melibatkan warganegara.

• Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Pahang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Kelantan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 32 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lapan (8) kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 137 kes (1.07 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

𝟯 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨

𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗡𝗧𝗢𝗞, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kubang Pasu, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12072) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 23 tahun yang baru pulang dari Sabah pada 20 September 2020. Kes mempunyai gejala demam, selesema dan sakit kepala sejak 22 September 2020. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 2 Oktober 2020 dan telah
dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 11 lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Kesemua kes yang dikesan positif merupakan warganegara Malaysia dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.
Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 165 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
• 12 dikesan positif COVID-19;
• 61 individu dikesan negatif; dan
• 92 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗠, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kubang Pasu, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11211) adalah seorang pesakit perempuan warganegara Malaysia berumur 31 tahun. Kes bergejala batuk dan sakit kepala sejak 25 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tunjang pada 28 September 2020 di mana saringan COVID-19 dijalankan. Kes dikesan positif pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan
ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 3 lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Ketiga-tiga kes positif ini melibatkan petugas kesihatan. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan. Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 65 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
• 4 dikesan positif COVID-19;
• 50 individu dikesan negatif; dan
• 11 individu masih menunggu keputusan.
Proses pembersihan dan nyah kuman di fasiliti kesihatan yang berkaitan telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Kedah. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚, 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kuala Nerus, Terengganu. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11477) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 46 tahun. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah dari 10 sehingga 27 September 2020. Kes bergejala sakit tekak dan demam sejak 28 September 2020. Kes dikesan positif COVID-19 pada 30 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang.
Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 6 lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang untuk rawatan. Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 245 individu telah disaring.
Keputusan saringan adalah seperti berikut:
• 7 dikesan positif COVID-19;
• 113 individu dikesan negatif; dan
• 125 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Jumlah kes tertinggi hari ini adalah dari Kluster Tembok iaitu sebanyak 224 kes. Jumlah ini adalah lebih daripada separuh jumlah keseluruhan kes positif (432) dimana melibatkan 215 warganegara dan 9 bukan warganegara. Mereka terasing daripada orang ramai, oleh itu risiko jangkitan amat rendah dan terkawal.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here