7 Amalan Mendapat Pahala Tanpa Henti. Terdapat banyak cara bagi mendapatkan pahala yang mengalir tanpa henti sekiranya kita membuat amalan ini akan tetapi setiap amalan perlulah ikhlas kerana Allah SWT dan setiap amalan perlulah diamalkan atau digunakan sebaiknya oleh orang lain.

7 Amalan Mendapat Pahala Tanpa Henti

islam

1)- Sesiapa yang mendirikan masjid, tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadah.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

2)- Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.

3)- Sesiapa yang menulis mashaf (naskah Al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada orang yang membacanya.

4)- Sesiapa yang menanam tanam tanaman, selagi ada yang memakannya, samada manusia atau burung.

5)- Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang orang yang mempelajarinya.

6)- Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua dua orang tuanya.

7)- Guru Al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya, dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.

Semoga kita dapat mencontohi salah satu dari 7 amalan diatas agar pahala itu sentiasa mengalir walaupun kita sudah tiada…