8 Tips Cara Kenal Pasti Lelaki Penyayang

0
438
views

8 Tips Cara Kenal Pasti Lelaki Penyayang. Apakah ciri-ciri lelaki Penyayang ? Bagaimana mengenalpasti lelaki penyayang. Disini saya kongsikan 8 Tips Cara Kenal Pasti Lelaki Penyayang. Perhatikan tingkahlaku dan perwatakan mereka bagi mengenalpasti lelaki yang penyayang.

8 Tips Cara Kenal Pasti Lelaki Penyayang

romantik

1) Suka Haiwan
– Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak
– Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr. Fadzilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah cukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

3) Ambil Berat Akan Orang Tua
– Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongnya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

4) Ambil Berat Akan Adik-Adik
– Kita cuba tengok hubungan dia dengan adik-adiknya. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin bermain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
– Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. Jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbang rasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
– Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengoklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati.

7) Susah Marah
– Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
– Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.

kredit : dakwah jakim

 


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here