9 Keistimewaan Dibulan Ramadhan

0
474
views

9 Keistimewaan Dibulan Ramadhan. Ramadhan bermaksud panas yang sangat terik. Dinamakan Ramadhan kerana pada bulan tersebut, tanah Arab cuacanya panas, terik dan kering. Ironinya, kepanasan yang terik dan kering itu diharap dapat membakar kotoran timbunan dosa yang kita lakukan dengan menghidupkan bulan Ramadhan.

9 Keistimewaan Dibulan Ramadhan

ramadhanMaka, bulan Ramadhan diberi pula beberapa nama lain untuk menggambarkan keistimewaan dan kelebihan/hikmah yang ada dalam bulan Ramadhan.

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan mempunyai beberapa nama berdasarkan kepada kelebihan dan keistimewaannya. Nama-nama tersebut ialah:

1. Saiyidus Syuhur ( Penghulu sekalian bulan )

Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam Al-Quran dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadhan maka ia mendapat gelaran sebagai Penghulu sekelian bulan. Di sana adanya ibadah puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih, Lailatul Qadar, Nuzul al-Quran, Tadarus al-Quran, Kelebihan sedekah, Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf dan lain-lain lagi.

Rasulullah menegaskan bahawa:

“Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadhan.”

2. Syahrul Syiam – Bulan Puasa

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”

Madrasah Ramadhan selama sebulan adalah untuk mencapai sifat taqwa kepada Allah S.W.T. meninggalkan puasa Ramadhan tanpa uzur syar’ei adalah berdosa dan menjadi kafir apabila menafikan kewajibannya. Nabi s.a.w telah bersabda:

“Pegangan Islam dan dasar-dasarnya adalah tiga perkara, sesiapa meninggalkan salah satu daripadanya maka ia adalah kafir iaitu penyaksian keesaan Allah, mendirikan solat dan puasa Ramadhan”(Hadis Riwayat Abu Ya’la dan al-Dailami)

“Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa) satu hari daripada bulan Ramadhan dengan tiada uzur dan tiada sakit, nescaya tiadalah dapat diqadha’ puasanya oleh puasa sepanjang masa walaupun dia melakukannya” (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Syahrul Quran – Bulan Quran

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:

“Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang bhatil”

Nabi s.a.w telah bersabda:

” Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: “Wahai Tuhanku aku telah menhalangnya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya”. Al Quran berkata: ” wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku member syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya”(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)

4. Syahrul Sabr – Bulan Kesabaran

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

Ibadah puasa dan ibadah sabar punya hubungan yang erat. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang yang sabar di dalam Al-Qur’an,

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas.” (Surah az-Zumar:10)

Dalam hadis nabi pernah bersabda,

“Seandainya seorang memaki engkau atau mengatakan kamu bodoh, maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa’. (Sahih Al-Jami As-Saghir)

5. Syahrul Rahmah – Bulan Kerahmatan

6. Syahrul Magfirah – Bulan Keampunan

7. Syahrul Najah – Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka

Nabi bersabda:

“Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya dibebaskan dari api neraka”

Termasuk dalam kemenangan ialah apabila umat Islam telah berjaya dan mencapai kemenangan yang besar dalam bulan Ramadhan. Antaranya ialah terakam dalam sejarah:

a. Kemenangan di dalam Peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan

b. Dapat menawan Kota Makkah dari tangan kafir quraisy dan memasuki kota Makkah yang disebut sebagai Fathu al-Fakkah

8. Syahrul Jud – Bulan Murah hati

Nabi telah bersabda dalam hadisnya:

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

9. Syahrul Barakah – Bulan Keberkatan

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan ( dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan ( supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya”

Subhanallah. Banyak bebenor hikmah bulan Ramadhan yang Allah janjikan untuk kita. Takkan kita nak tengok saja orang lain berlumba-lumba merebutnya? Biarlah orang berebut ke bazar, tapi kita berebut bersedekah. Biarlah orang lain berebut membeli-belah, kita berebut membaca al-Quran. Kan cantik kalau kita semua berebut ganjaran yang Allah janjikan ni? Betul tak?

– Mungkinkah ini Ramadhan terakhir kita? Jom, kita hidupkan pengisian Ramadhan sehabis baik. InsyaAllah.

PENGISIAN RAMADHAN

1. Berpuasa pada siangnya dengan puasa yang sebenarnya.

2. Menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail

3. Meningkatkan amalan harian

4. Menunaikan solat tarawih

5. Bertadarus al-quran

6. Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain

7. Beriktikaf terutama 10 malam terakhir

8. Memperbanyakkan sedekah

9. Memberi makanan kepada orang yang berpuasa

10. Bersahur

11. Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum

12. Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat

13. Menunaikan umrah jika mampu

kredit : Bahagian Dakwah, Jakim


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here