solat berjemaah

solat berjemaah

9 Kemuliaan Orang Yang Menjaga Solat – “Solat : Tiang Agama” Daripada Jabir RA katanya, sabda Rasulullah SAW, bandingan sembahyang lima waktu adalah seperti air sungai yang mengalir, melimpah ruah pada pintu rumah seseorang, yang dia mandi lima kali pada tiap-tiap hari.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

1. Dicintai Allah
2. Badan selalu Sihat
3. Dijaga oleh malaikat
4. Turun berkat pada rumahnya
5. tampak pada wajahnya tanda orang soleh
6. Allah akan melembutkan hatinya
7. Lalui sirat (titian) sepantas kilat
8. Diselamatkan oleh Allah daripada api neraka
9. Allah menempatkannya bersama orang yang tidak takut dan tidak bersedih.

(Petikan ungkapan Saidina Uthman bin Affan)

Pahala Solat Yang Paling Besar – Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian ia tidur.

     Curian Syaitan – Dari Aisyah r.a katanya: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW perihal menoleh atau berpaling di dalam solat. Jawab baginda:Hal itu adalah suatu kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat seseorang.