9 Negeri Catatkan IPU Tidak Sihat Sehingga Jam 7 Malam Tadi

2
47
views

9 Negeri Catatkan IPU Tidak Sihat Sehingga Jam 7 Malam Tadi. Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) mencatatkan sebanyak 9 negeri mempunyai kadar tidak sihat dibeberapa kawasan yang mana perlu diberi perhatian.

9 Negeri Catatkan IPU Tidak Sihat Sehingga Jam 7 Malam Tadi

jerebu kl

Antara 8 negeri yang mencatatkan IPU tidak sihat adalah Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan juga Sarawak. Manakala Johan Setia Klang, Selangor dan Rompin, Pahang mencatatkan IPU SANGAT TIDAK SIHAT iaitu sebanyak 203 dan 219.

Pulau Pinang – Minden (103), Balik Pulau (128). Perak – Seri Manjung (130). Kuala Lumpur – Batu Muda (148), Cheras (149), Putrajaya (156). Selangor – Kuala Selangor (140), Petaling Jaya (153), Shah Alam (157), Klang (150), Banting (132). Negeri Sembilan – Nilai (157), Seremban (130), Port Dickson (101). Johor – Tangkak (118). Sarawak – Sri Aman (136), Kuching (104)

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 pula tahap berbahaya.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Nasihat Semasa Jerebu:

  1. Semua pihak dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.
  2. Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.
  3. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  4. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  5. Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  6. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  7. Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  8. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  9. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
  10. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  11. Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
  12. Orang ramai juga diminta untuk menyalakan lampu kenderaan semasa memandu apabila keadaan berjerebu dan jarak penglihatan berkurangan.

Anda boleh semak IPU semasa lokasi anda melalui laman sesawang http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here