9 Tips dan Cara Memujuk Lelaki Merajuk

1
486
views

9 Tips dan Cara Memujuk Lelaki Merajuk. Merajuk seringkali dikaitkan dengan perempuan tapi apabila lelaki merajuk bagaimana pula cara untuk pujuk mereka ? Disini saya kongsikan sedikit sebanyak tips dan cara untuk memujuk si lelaki merajuk.

9 Tips dan Cara Memujuk Lelaki Merajuk

lelaki menangisWalaupun lelaki bersifat ego dan macho akan tetapi mereka juga mempunyai perasaan dan mungkin, mungkin akan merajuk sekali dua apabila kerapkali diuji dan apabila lelaki merajuk kebanyakan daripada mereka susah untuk dipujuk. Sedikit tips dan cara untuk memujuk mereka yang merajuk.

1. Kenalpasti Sebab – kenalpasti sebab kenapa mereka merajuk. Adakah salah anda ataupun salah mereka sendiri ? Tapi selalunya salah itu datang dari anda sebab mereka jarang merajuk. Selesaikan atau Atasi kepada masalah tersebut.

2. Meminta Maaf – walaupun anda rasa anda tidak salah akan tetapi dengan memohon maaf dan berjanji tidak melakukan perkara itu lagi mampu untuk menyejukkan keadaan dan menguntungkan kedua-dua pihak. Tidak salah untuk memohon maaf kerana hanya yang kuat sahaja mampu untuk memohon maaf.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

3. Cuba Melawak – Cuba untuk membuat lawak atau mengusik si dia. Cuba sebaik mungkin untuk membuatkan si dia ketawa ataupun senyum sedikit sudah mencukupi. Sekiranya tidak berkesan lupakan sahaja sebab tak semua orang mudah untuk ketawa.

4. Masak Makanan Kegemaran – Lelaki suka makan terutamanya makanan kegemaran mereka. Oleh itu pujuk mereka melalui masakan anda.

5. Melayan mereka seperti biasa – kadang-kadang lelaki hanya bersikap ego oleh itu anda layankan je perangai mereka dan berbual seperti biasa dan lama-kelamaan hati mereka akan lembut dan melupakan sendiri merajuk mereka itu.

6. Berikan Pelukan atau Ciuman – KHAS UNTUK YANG BERKAHWIN anda boleh memberikan pujukan melalui pelukan dan ciuman tanda sayang anda kepada mereka sedikit sebanyak mampu untuk menyejukkan hati mereka bila mengetahui anda masih sayang kepada dia.

7. Memberikan Hadiah – Tak perlu hadiah mahal cukup sekadar untuk mengatakan anda berusaha untuk menggembirakannya dan cuba untuk memujuknya. Coklat, gula-gula ataupun yang simple sudah mencukupi.

8. Kata atau Nama Manja – Berikan kata-kata manja atau ungkapan manja mahupun nama manja kepada si dia bertujuan untuk mengusik dan bergurau yang membolehkan si dia cair atau tersenyum mendengarnya.

9. Merajuk bersama – Akhirnya sekali sekiranya masih tidak dapat memujuk si lelaki apa kata anda turut sama merajuk. Ini merupakan cara terakhir setelah beberapa usaha anda tidak menjadi. Kebanyakan lelaki akan cair sekiranya orang yang mereka sayang merajuk setelah penat berusaha.

Anda juga boleh baca beberapa Artikel Berkaitan Cinta.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here