abgferoz

Abc Special Seksyen 2 merupakan antara pelan utama kami pada minggu lepas tapi sebelum ke shah alam untuk edisi jalan-jalan cari makan kami pergi ke kenduri kahwin di dewan utusan jalan chan sow lin.

teringat pada kawan-kawan yang pakat posing di facebook sewaktu pergi ke kenduri kahwin rakan mereka so bila dah nampak sudut photo aku pun mula malu malu kucing untuk bergambar kerana ramai awek-awek comel disitu.. tapi bila dah bergambar memang tak reti berhenti sehinggakan ada beberapa mata memandang.. kah kah kah.. konon macho sat..

abgferoz

abaikan gambar diatas kerana gedik melebihi segalanya.. kah kah kah.. nak promote diri yang masih single.. kot kot ada yang sudi mengorat aku time ni.. hahaha..

bila dah kenyang makan kenduri kahwin mula la terasa nak cari pencuci mulut dan misi utama kitaorang ABC Special Seksyen 2. Dua buah kereta bergerak dari Chan Sow Lin ke seksyen 2 shah alam semata-mata kerana ABC Special Seksyen 2 yang dikatakan sedap dan menarik untuk dicuba.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

disebabkan adik perempuan pernah makan di situ so agak mudah kitaorang mencari tempatnya..

ABC Special Seksyen 2

terdapat beberapa perisa yang boleh anda cuba antaranya adalah perisa coklat, durian, keladi, pisang, strawberi dan beberapa lagi tapi ramai yang memilih coklat so kitaorang pun mengambil keputusan untuk mencuba perisa coklat untuk kali ini.

ternyata apa yang diceritakan memang benar dengan harga yang murah RM3.50 ABC Special Seksyen 2 ini memang antara yang terbaik pernah aku rasa. Cukup Pakej Menarik dan Sedap. Terasa Coklat dari awal makan sehingga habis ABC. 4 Bintang.

Kedai : Pegaga
Lokasi : Medan Selera Seksyen 2 Bersebelahan KFC
Harga : Rm3.50