Alhamdulillah 215 Pesakit Telah Sembuh Dan Keluar Hospital

0
494
views

Alhamdulillah 215 Pesakit Telah Sembuh Dan Keluar Hospital. Seramai 215 pesakit #COVID19 di negara ini pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat 12 tengahari pada 26 Mac 2020. Ini termasuk 16 lagi pesakit terbaru yang telah sembuh dan discaj.

Alhamdulillah 215 Pesakit Telah Sembuh Dan Keluar Hospital

pesakit discaj
✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Tahniah dan terima kasih kepada anggota kesihatan KKM. Teruskan berjuang! Kami doakan keselamatan anda dan ahli keluarga.

Sementara itu terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 215 kes. Sehingga 26 Mac 2020 jam 12 tengahari, terdapat 235 kes baru dilaporkan. Tambahan kes baru ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,031.

60 daripada kes baru adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling. Baki 175 kes masih dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan kluster lain. 45 kes positif sedang dirawat di ICU. 32 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan #COVDI19, menjadikan kes keseluruhan kematian sebanyak 23 kes.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here