Alkisah Interview Penguatkuasa

6
2
views
interview
interview

1tahun sudah berlalu, teringat kisah lama sewaktu mula nak bekerja dengan kerajaan.. sewaktu tu kawan call katanya esok ada interview penguatkuasa ….. di titiwangsa so agak kelibut sikit malam tu juga susun resume dan perkemaskan diri..

esok paginya tiba di titiwangsa tengok semua kemas dan segak bergaya nak interview pegawai penguatkuasa kunun.. hik hik hik.. masing-masing dengan kelebihan masing-masing.. cuak juga time tu.. takpalah kalu ada rezeki tak kemana.. so beratur panjanglah menanti untuk masuk ke dewan interview..




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

pertama sekali nak masuk pintu interview adalah ujian ketinggian dimana mereka letak benang kat pintu masuk barang sesiapa yang rambutnya tak lepas benang maka pulanglah dengan hampa.. time tuh ramai yang bawa keluar gel dok pacak rambut.. hahahah kelakar pun ada.. nasib la ketinggian lebih sikit so dah selamat kat situ..

ujian kedua adalah keputusan peperiksaan BM dan English so aku lulus lagi tapi ramai juga yang terpaksa pulang kerana masalah English.. heee.. nasib banyak tengok filem orang putih so lulus gak la dalam exam..

ujian ketiga ni yang buat aku kantoi.. ujian BMI yang mana berat aku lebih 3 kg.. errr dah la interview minggu ke 3 raya memang la berat ada sikit naik.. memang hampa gile time tuh.. kalu tau 3 or 4 hari sebelum interview mesti dapat turun 5kg.. sabar jela.. muke time tuh memang macam nak makan orang la.. tapi nak buat gimana takda rezeki..

dalam perjalanan pulang singgah kat pejabat….. dan ternyata rezeki aku kat situ.. dan minggu depan terus boleh start bekerja.. dan sehingga kini dah genap 1tahun aku bekerja disini.. ternyata kerja yang mudah dan banyak berkomunikasi dengan orang..

sememangnya segala yang terjadi sememangnya dalam perancanganNya yang Maha Mengetahui, Maha Adil lagi Maha Bijaksana.. syukur alhamdulillahhh..


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih


6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here