ANDA PERLU TAHU Hukum Merokok Didalam Tandas

0
67
views

ANDA PERLU TAHU Hukum Merokok Didalam Tandas. Terdapat sesetengah lelaki ketika membuang air besar di dalam tandas, mereka juga merokok. Apa pendapat ustaz tentang perkara ini? Dan bagaimana cara untuk kita mengelakkan diri kita dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik di dalam tandas seperti merokok dan lain-lain? Mohon penjelasan ustaz.

ANDA PERLU TAHU Hukum Merokok Didalam Tandas

smoking

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Pertama
, kami tekankan di sini, hukum merokok itu adalah haram.

Kami telah mengulas berkenaan isu ini dengan panjang lebar dalam beberapa artikel yang telah kami terbitkan sebelum ini, antaranya:

  • Bayan Linnas Siri ke-18: Merokok: Hukum dan Penyelesaiannya

Sila lihat di pautan berikut: http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2634-bayan-linnas-siri-ke-18-merokok-hukum-dan-penyelesaiannya?highlight=WyJyb2tvayJd

  • Irsyad al-Fatwa ke-63: Hukum Penggunaan Rokok Elektronik/Vapor

Sila lihat di pautan berikut: http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1905-irsyad-fatwa-ke-63-hukum-penggunaan-rokok-elektronik-vapor?highlight=WyJyb2tvayJd.

Justeru, hukum menghisap rokok walaupun dimana sahaja kita berada, di dalam tandas ataupun diluar pada tandas hukumnya tetap haram. 

Kedua, adab-adab berkaitan tandas.

Nabi SAW telah mengajarkan kepada kita adab-adab yang berkaitan dengan tandas. Antaranya membaca doa sebelum memasuki tandas. Ini sepertimana yang diriwayatkan daripada Anas Bin Malik R.A katanya, Nabi SAW akan membacakan doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.”

Riwayat al-Bukhari (6322) dan Muslim (375)

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

Menurut al-Khattabi, al-Khubuth (الْخُبث) ialah perkataan jamak (bilangan ramai) kepada kata al-khabith (خَبِيث) yang bermakna jin lelaki. Manakala al-khaba’ith (الْخَبَائِث) pula adalah perkataan jamak kepada al-khabithah (خبيثة) yang bermaksud jin perempuan. (Lihat Fath al-Bari, 1/243)

Berdasarkan hadis di atas, kita disuruh untuk berlindung dengan Allah SWT setiap kali hendak memasuki tandas. Ulama telah menyatakan bahawa, antara sebab utama kita dianjurkan untuk meminta perlindungan kepada Allah SWT ketika memasuki tandas adalah agar kita terlindung daripada syaitan-syaitan yang mendiami tempat-tempat najis dan tempat-tempat terbukanya aurat. Perkara ini adalah sabit dari hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam R.A, Nabi SAW telah bersabda:

إِنَّ هَذِهِ الْحُشُوشَ مُحْتَضَرَةٌ فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمُ الْخَلاَءَ فَلْيَقُلْ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Maksudnya: “Sesungguhnya tempat membuang hajat didiami oleh syaitan, jika salah seorang di antara kalian ingin memasuki tandas, maka ucapkanlah: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ”.

Riwayat Abu Daud (6) Ibn Majah (296)
dan al-Nasa’ie (9903)

Ini menunjukkan supaya kita tidak berlama-lamaan dalam tandas. Dengan merokok, maka ia akan menambahkan lagi agenda untuk berlamaan dan berkhayalan.

Begitu juga, ketika keluar dari tandas, kita diajarkan untuk membacakan doa:

غُفْرَانَكَ رَبَّنَا الحَمْدُ للهِ الَّذِي اَذْهَبُ عَنِّي الأَذَى وَعَافَانِي الْحَمْدُ للهِ الَّذِي أَذَاقَنِي لَذَّتَهُ وَأَبْقَى فِي قُوَّتِهِ وَدَفْعِ عَنِّي أَذَاهُ

Maksudnya: “Kami mengharap keampunan-Mu. Segala puji bagi Allah SWT yang menghilangkan perkara yang menyakitkan daripadaku dan menyihatkan diriku. Segala puji bagi Allah SWT yang telah merasakan kelazatan-Nya dan mengekalkan kekuatan-Nya kepadaku serta menolak gangguannya daripada aku.”

Riwayat Abu Daud (30), al-Tirmizi (7)
dan Ibn Majah (301).

Selain itu, kita juga dianjurkan untuk mengetahui adab-adab di dalam tandas seperti:

  • Membaca doa sebelum masuk tandas
  • Masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan
  • Menutup kepala
  • Memakai selipar
  • Tidak berlama-lama di dalam tandas
  • Jangan menyanyi di dalam tandas
  • Tidak makan dan minum
  • Membaca doa keluar tandas (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/201)

 

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, sekali lagi kami tegaskan, jauhilah merokok kerana tiada padanya kecuali mudarat semata-mata.

Begitu juga, kita hendaklah mengamalkan adab-adab berkaitan tandas iaitu sebelum, semasa dan selepas memasukinya sepertimana yang telah diajar oleh Baginda Nabi SAW. Menjadi keperluan kepada kita untuk sentiasa memohon pertolongan dan perlindungan kepada Allah SWT sebagaimana sabit dalam hadis-hadis Nabi SAW.

Akhir sekali, semoga Allah SWT memberi kita taufik dan hidayah terhadap apa jua perkara yang kita lakukan dalam kehidupan kita. Amin.

kredit : muftiwp


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here