GST

GST

Apa Itu GST atau Cukai barang dan perkhidmatan / Goods and Services Tax 

Cukai Barang dan Perkhidmatan / Goods and Services Tax atau GST adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah. Berbeza dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat, GST adalah cukai berperingkat. Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka.

GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan.

Adakah ia merupakan satu cukai baru?
Tidak, ia adalah cukai untuk menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) semasa.

Apakah kepentingan GST ?
GST merupakan satu sistem percukaian yang lebih baik. Ia lebih telus, cekap, berkesan, berkawalan kendiri dan kurang birokrasi. GST akan menghapuskan cukai berganda di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding dengan SST.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

GST

GST

Bagi perniagaan, kos dalam menjalankan perniagaan dapat dikurangkan kerana GST yang dikenakan ke atas input perniagaan mereka dapat dituntut semula. Sebagai contoh, di bawah sistem percukaian semasa, kebanyakan pengilang tidak dibenarkan menuntut semula cukai perkhidmatan ke atas telekomunikasi, perakaunan dan perkhidmatan guaman, dan cukai jualan ke atas input tidak langsung seperti peralatan pejabat dan perabot. Cukai-cukai ini adalah terselindung di dalam harga barang yang dijual. Oleh itu, kos untuk menjalankan perniagaan meningkat.

Di bawah sistem GST, mana-mana GST yang dikenakan ke atas perolehan boleh dituntut semula dan tidak merupakan kos perniagaan. Dengan yang demikian, eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di pasaran global memandangkan tiada GST dikenakan ke atas pengeksportan barang dan perkhidmatan. Ini akan mengukuhkan sektor eksport yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk Maklumat Lanjut mengenai Goods and Services Tax or GST layari website MOF