penyakit ebola

penyakit ebola

Kenali apakah itu penyakit Virus EbolaEbola adalah penyakit pembunuh yang hadir dengan demam teruk dan kecenderungan mengalami pendarahan. Ebola boleh hadir tanpa menunjukkan tanda-tanda yang tidak spesifik. Ebola sangat mudah berjangkit dan mampu membunuh dalam masa yang singkat namun ia boleh dicegah.

Cara Ebola Merebak :
– Ebola merebak melalui sentuhan fizikal secara langsung dengan cecair badan seperti darah, air liur, najis, air kencing dan peluh orang yang dijangkiti. Ebola juga boleh merebak melalui linen kotor yang telah digunakan oleh pesakit Ebola.
– Percikan cecair badan daripada orang yang dijangkiti ke dalam mata orang lain
– Ia juga boleh merebak melalui penggunaan instrumen bertindik kulit yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti.
– Ebola boleh berjangkit melalui sentuhan fizikan secara langsung dengan orang yang telah meninggal dunia akibat Ebola.
– Virus ini juga boleh merebak dengan memakan haiwan yang mati terutamanya monyet yang mati akibat Ebola.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Pencegahan :
– Elakkan bersentuhan secara langsung dengan cecair badan orang yang menghidap Ebola melalui penggunaan perlindungan seperti sarung tangan, cermin mata dan topeng muka.
– Membasmi tempat tidur dan pakaian orang yang dijangkiti Ebola.
– Orang yang disyaki menghidap Ebola perlu segera mendapatkan rawatan.
– Jenazah yang meninggal dunia akibat Ebola mesti dikendalikan dengan menggunakan pakaian pelindung dan perlu dikebumikan dengan segera selain itu elakkan berkumpul terlalu lama dan upacara pengebumian perlu disingkatkan.
– Melaporkan sebarang kes Ebola yang disyaki dengan segera kepada anggota kesihatan.
– Basuh tangan menggunakan sabun dan air selepas mengendalikan pesakit atau badan seseorang yang telah meninggal dunia akibat Ebolafff

Tanda-tanda dan Gejala Wabak Ebola
– Demam
– Muntah
– Cirit-birit
– Sakit Perut
– Sakit Kepala
– Campak seperti ruam
– Mata merah
– Pendarahan

Sumber : Hospital Kuala Lumpur, KKM

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih