Apa Itu Skim Perumahan Belia (SPB) BSN

0
134
views

Apa Itu Skim Perumahan Belia (SPB) BSN. Skim Perumahan Belia atau Youth Housing Scheme adalah skim pemilikan rumah kali pertama bagi golongan belia yang telah berkahwin berumur diantara 25 tahun hingga 40 tahun dengan pendapatan isirumah tidak melebihi RM 10,000 sebulan.

Apa Itu Skim Perumahan Belia (SPB) BSN

Skim Perumahan Belia

Melalui skim ini Bank Simpanan Nasional akan memberi pembiayaan/pinjaman sehingga RM500,000 dengan tempoh pembiayaan/pinjaman sehingga 35 tahun atau sehingga pelanggan/peminjam berumur 65 tahun yang mana terdahulu kepada pelanggan/peminjam yang layak.

Skim ini terhad kepada 20,000 pembeli sahaja berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Bank Simpanan Nasional juga akan memberi pembiayaan/pinjaman penuh sebanyak 100% dari harga pembelian kediaman tersebut dan tambahan 5% dari harga belian untuk pembiayaan perlindungan takaful/insuran (MRTT/MRTA).

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Kos dokumentasi pembiayaan/pinjaman termasuk kos guaman ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.

Kerajaan memberi pengecualian duti setem sehingga 50% keatas surat cara pindah milik dan perjanjian pembiayaan/pinjaman.Kerajaan memberi bantuan pembayaran ansuran sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh 2 tahun bermula dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju/penjual.

Siapakah yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim ini?
 Warganegara Malaysia
 Belia yang sudah berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun
 Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
 Pembeli rumah pertama sahaja

Apa yang boleh saya perolehi dari produk ini?
 Jumlah Pembiayaan : RM 100,000 (Minimum) sehingga RM 500,000 (Maksimum)
 Margin Pembiayaan : i) Sehingga 100% daripada harga belian rumah
ii) MRTA/ MRTT sehingga maksimum 5% daripada harga
belian rumah.
 Tempoh Pembiayaan : Sehingga maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun
pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.
 Kadar faedah /
Keuntungan : Sehingga maksimum BLR/ BFR – 2.4%
*(Tertakluk terma & syarat)
(BLR /BFR semasa ialah 6.85%)
 Konsep Pembiayaan : Islamik dan Konvensional

Apakah jenis bantuan Sokongan Kerajaan bagi skim ini?
 Bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama bermula
daripada pengeluaran pembiayaan yang pertama.
 Pengecualian duti setem sebanyak 50 % ke atas dokumen pembiayaan.

Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut, orang-ramai boleh menghubungi talian hotline BSN di talian 1 300 88 1900.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here