punca darah tinggi

Apakah itu Kemurungan ? – Kemurungan ialah penyakit biasa. Setiap 5 daripada 100 orang akan mengalami kemurungan yang ketara dan selebihnya 5 daripada 100 orang pula akan mengalami sakit kemurungan yang tidak begitu ketara dalam hidup mereka. Ini bererti 10% daripada populasi pernah dan akan mengalaminya.

Kemurungan terdiri daripada banyak simptom fizikal dan psikologi yang menjadi petunjuk rawatan diperlukan :

– Hilang minat dan hidup tidak menentu / kekosongan.
– Tidak ada semangat dan motivasi, membuat sesuatu perkara atau mengambil keputusan menjadi amat sukar.
– Pening, mudah berang dan tidak aman.
– Berat badan dan selera bertambah / berkurang.
– Terlebih tidur atau susah nak tidur.
– Hilang perasaan kasih sayang, tidak ada keinginan untuk mengadakan hubungan seks.
– Hilang keyakinan diri, mengelak daripada berjumpa dengan orang.
– Rasa tidak berguna, rasa bersalah, sedih, rasa tiada harapan dan putus asa.
– Rasa amat teruk pada sesuatu ketika tertentu khususnya di waktu pagi.
– Terfikir untuk membunuh diri.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Ini adalah tanda-tanda biasa dan adalah petunjuk yang anda memerlukan batuan dan rawatan sepatutnya.

Faktor yang menyebabkan kemurungan :

Sesiapa sahaja boleh menghadapi penyakit kemurungan tanpa sebarang sebab seumpama penyakit lain-lain. tetapi ada kalanya ia disebabkan oleh sebab-sebab yang nyata
– reaksi terhadap penyakit fizikal
– penyakit atau kematian saudara mara
– tekanan hidup
– beban kerja
– hilang pekerjaan
– masalah perhubungan
– masalah kewangan
– masalah keluarga

Perkara yang perlu dihadapi oleh semua orang, tetapi apabila seseorang mengalami penyakit kemurungan, reaksi mereka terhadap semua perkara ini menjadi terlampau tertekan dan terlebih daripada sepatutnya.

Selain daripada mengambil ubat, ada banyak cara lain untuk membantu diri anda pulih seperti sedia kala antaranya adalah :

– Berbual dengan rakan rapat
– Bersenam / bersukan
– Pemakanan yang betul / sihat
– Buatlah kerja rumah / Berhobi seperti biasa