Bahaya Berkongsi Email di Facebook. Sudah beberapa kali saya perasan kawan-kawan berkongsi email di komen facebook kepada client untuk tujuan marketing mahupun job. Mungkin ini cara mudah untuk mendapatkan job ataupun client tapi tahukah anda ini juga cara mudah untuk mereka yang tidak bertanggungjawab menyalahguna email anda untuk tujuan lain.

Bahaya Berkongsi Email di Facebook

Email merupakan salah satu faktor untuk login kepada beberapa akaun terutamanya facebook, blogger, instagram dan beberapa lagi akaun. Sekiranya semua akaun tersebut menggunakan email yang sama dengan email yang anda kongsikan di komen alangkah bahayanya semua akaun anda sekiranya email tersebut di HACK oleh pihak tidak bertanggungjawab.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

tutorial blog

Bukan hanya hack bahkan email anda juga turut digunakan oleh pihak tersebut untuk spam mahupun scam macam-macam maklumat penipuan dan iklan yang tidak sepatutnya.

Oleh itu elakkan dari berkongsi email di komen ataupun kepada pihak yang tidak dikenali. Adalah lebih baik sekiranya akaun anda menggunakan email berlainan dan untuk email promosi mahupun iklan menggunakan email lain bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih