jiwarosak

jiwarosak

dah lama rasanya tak update blog rasa rindu pun ada.. banyak benda nak bercerita tapi takut kawan² boring pulak baca cerita so pendekkan sahaja cerita di kampung agar mampat dan seronok untuk dibaca..

minggu lepas hari jumaat pulang ke kampung halaman di semanggol dan bukit merah, perak.. pelan utama untuk ke langkawi terbantut kerana abang tak dapat cuti.. so teruskan pelan balik kampung sahaja.. walaupun tak ramai dah yang ada di kampung tapi still meriah.. lagi² bila ada budak dua orang diatas.. sakan bergambar dengan dorang ni.. hik hik hik..

pokok durian

pokok durian

bila balik kampung mesti kita tengok musim.. lagi seronok bila kita balik kampung musim durian.. memang setiap hari menanti durian gugur.. tapi apakan daya.. asal kitaorang balik ja durian mesti tergantung penuh dipokok.. penat goyang tak jatuh gak.. hik hik hik.. dapat tengok jelaa…

pokok rambutan

pokok rambutan

nasib baiklah ada rambutan sebagai pengubat hati yang terluka menanti durian gugur.. pokok rambutan yang rendang ni memang penuh buah.. tak perlu galah or panjat.. hanya petik dari bawah ja.. sambil petik sambil makan.. memang puas..




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

abgferoz

abgferoz

kalau dah hantu durian memang tak sah kalu tak makan durian.. waktu kitaorang balik kampung kebetulan sepupu sepapat ada majlis pertunangan di taiping so kitaorang dijemput.. bila nak balik ja ada orang sedekah durian.. apa lagi sambar laa.. hihihih.. kalu dah rezeki tak kemana..

kalu dah sampai taiping memang satu ja target tempat makan kegemaran kitaorang iaitu kuey teow doli taiping tapi apakan daya bila kitaorang sampai depan pintu restoran penuh dengan orang.. perut dah lapar tapi tak tahan nak menunggu so terpaksa cari kedai lain..

pusat penjaja taiping

pusat penjaja taiping

disebabkan mengidam masakan taiping dah lama tak balik kampung so singgah di tempat kegemaran kedua iaitu di Pusat Penjaja Taiping bersebelahan Balai Bomba Taiping.. masakan sini sedap gak.. walaupun tak semewah restoran tapi makanan dia boleh tahan sedap gak laa..

next day tak banyak program just lepak rumah sedara.. nantikan cerita di cameron highlands pulaa..