Bantuan Khas Covid-19 Pusat Zakat

0
189
views

Bantuan Khas Covid-19 Pusat Zakat. Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan inisiatif Lembaga Zakat Selangor bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Bantuan Khas Covid-19 Pusat Zakat

Bantuan Khas Covid-19 Pusat Zakat

Peruntukan bantuan khas ini khusus untuk keluarga B40 (contoh: penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu) yang terjejas sumber pendapatan susulan pengumuman PKP pada 18hb Mac 2020, agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

LZS akan sentiasa melihat keperluan yang timbul dari semasa ke semasa bagi menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran sepanjang tempoh COVID-19.

Objektif

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Syarat-syarat Permohonan

  1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
    1. Beragama Islam
    2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
    3. Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan.
    4. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak Covid-19 ini.
    5. Bantuan ini adalah merujuk kepada Keluarga atau individu.
  2. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari Portal Bantuan Khas Covid-19. Seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan.
  3. Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.
✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



1. Bagaimanakah cara/kaedah untuk memohon bantuan ?

  1. Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS : Sila hubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343 (Isnin-Jumaat. 10.00 pagi hingga 3:00 petang)
  2. Selain Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS : Melalui Portal Bantuan Khas Covid-19 (24 Jam, 7 hari seminggu)

** Note : Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343.

2. Siapakah yang layak untuk membuat permohonan ?

  1. Ketua keluarga yang diberhentikan kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  2. Individu (18 tahun dan ke atas) dan tidak tinggal serumah dengan ketua keluarga.
  3. Peniaga / Penjaja Kecil atau pekerja B40 yang terputus pendapatan.

3. Sehingga bilakah permohonan ini dibuka?

Pemohonan ini dibuka bermula 25hb Mac 2020 (Rabu) hingga 6 April 2020 (Isnin). Sebarang perubahan tarikh akan diumumkan dari semasa ke semasa.

4. Apakah maklumat dan dokumen sokongan yang diperlukan ?

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan dan Tanggungan (optional)
  3. Bagi yang bekerja – Slip pendapatan / pengesahan pendapatan (bagi yang masih bekerja) / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  4. Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak Perniagaan atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan
  5. Bukti Mastautin Pemohon – Bil Air, Bil Api, Bil Internet, Cukai Pintu dll atas nama/alamat Pemohon.

5. Berapakah jumlah bantuan yang boleh diterima dan berapa kadar maksimum ?

  1. One Off – RM 200 hingga RM 500 sahaja bagi setiap keluarga
  2. Permohonan kali kedua adalah tidak dibenarkan demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.

Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari Portal Bantuan Khas Covid-19. Seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan.

Bagi negeri-negeri lain anda boleh semak dengan pusat zakat negeri masing-masing. Anda juga boleh mengeluarkan RM500 daripada KWSP akaun 2 anda bermula 1 April. Lihat SINI


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here