bbq

bbq

BBQ di Pantai Cermin Port Dickson – Minggu lepas berkesempatan untuk menikmati permandangan tepi pantai sambil BBQ bersama keluarga di Pantai Cermin Port Dickson.

Disebabkan terlalu eksited perjalanan kitaorang dari tengah bandar kuala lumpur ke port dickson bermula seawal 7.30 pagi ke rumah abang dan bertolak ke port dickson. Lokasi pertama yang dikunjungi adalah Pantai Teluk Kemang, Port Dickson yang menjadi lokasi tumpuan ramai yang mana penuh dengan orang dan gerai jualan. Tapi sayang tidak dibenarkan untuk BBQ dan pantai yang agak terhad kerana pantai dah penuh dengan khemah khemah berbayar.

abgferoz

abgferoz

seterusnya ingat nak singgah di pantai blue lagoon tapi bila difikirkan air laut yang cetek terpaksa jalan jauh untuk air cecah pinggang maka tak jadi ke sana dan terus singgah di pantai cermin yang ternyata lebih menarik dengan pelbagai aktiviti sukan air dan hari keluarga.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

sampai dalam pukul 9.10 pagi terus bentang tikar dan siap sedia untuk bbq dibawah pokok almaklum la belum breakfast lapar bebb. Disebabkan kitaorang hanya berlima maka bbq takda la masak macam 20 orang makan sekadar untuk makan breakfast sahaja. Sekejab gak la dah siap.

lapar

lapar

sementara bbq sempat lagi terjun beberapa kali nak tunggu ayam bbq masak. Bila dah siap masak terus ambik nasi dan makan makanya anda boleh lihat muka kelaparan pada gambar diatas.. hahaha..

aktiviti yang terpaksa dirakam berulangkali bagi menunjukkan aku ni keeper cemerlang kat Malaysia. Padahal dah shoot lebih 20 kali.. hahahah