Pesta Buku Antarabangsa

Pesta Buku Antarabangsa

Beratur untuk bertemu Fatin Liyana – Sabtu lepas berkesempatan untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 setelah dipaksa adik untuk menjadi bodyguardnya. Pesta buku antarabangsa bermula pada 24 April sehingga 3 Mei 2015 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Adik beriya mengajak ke pesta buku seawal 10 pagi katanya petang sesak orang tapi aku bertegas untuk gerak selepas zohor kerana kebanyakan kedai mahupun gerai belum buka seawal 10 pagi (hari minggu siapa nak bangun awal ini kL bebb..). Selepas zohur kitaorang terus menaiki train menuju ke PWTC (kalu nak naik kereta memang sangkut jem jelaa..) sampai di stesyen LRT PWTC memang dah ramai orang sesak menuju ke PWTC tempat berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa.

Sampai di PWTC masuk ja pintu depan terus nampak koleksi Novel yang mana penuh dengan orang beratur untuk membeli novel (90% perempuan peluang mencari calon) so aku dengan adik pun masuk la meninjau buku novel (calon bini kot kot jumpa cinta pandang pertama, kedua, ketiga dan keempat) memang meriah dengan pelbagai jenis buku termasuklah buku agama dan falsafah.

Tidak berminat untuk membaca novel adik terus mengajak ke tingkat 4 yang mana dia sudah ada target buku untuk dicari. Diagnosis itulah buku yang dicari adik. Katanya buku pertama sudah dibeli dan buku kedua masih tak jumpa dan ada jual di tingkat 4. Kitaorang terus menuju ke tingkat 4 mencari kedai yang menjual buku Diagnosis 2. Berborak depan kedai buku tersebut dan tetiba adik tegur

adik : fatin liyana ada kat belakang.
aku : mana ?

adik : tu belakang dengan tunang dia.
aku : nak tangkap gambar tak ?




BACA LEBIH 200+ KOLEKSI CERITA/GAMBAR LAWAK

adik : nak mintak sain
aku : bak sini mana pen ?

adik : takda pen
aku : macam mana nak sain.. takkan nak mintak dia punya pen.. hahaha

tak sempat nak tegur fatin liyana dengan tunangnya di panggil duduk di meja sain buku.. ohhh ada sesi sain buku rupanya.. bila nak beratur untuk sain buku tengok barisan panjang gilaa.. so kitaorang decide untuk keluar dahulu jalan-jalan.

keluar sekejab ternampak kedai aiskrim so kitaorang beli aiskrim dan duduk bersila ditepi sambil makan aiskrim melihat orang lalu lalang (kot kot ada yang kenai). Dalam 20 minit lepak kitaorang masuk kembali ke dalam bilik untuk mintak sain fatin liyana. Terserempak dengan kawan lama yang juga merupakan blogger yang juga peminat fatin liyana (dia lagi laju dapat sain). Habis borak nampak que beratur dah pendek so cepat-cepat beratur. Adik terserempak dengan kawan dia so aku lah yang jadi tukang beratur untuk dia padahal dia yang nak mintak sain.

fatin liyana

fatin liyana

abaikan budak muka halloween tu (orang nak tangkap gambar dia menyelit masuk pulak x sabar). Berbaloi menunggu nampak tak senyuman manis barisan penulis buku Diagnosis 2 yang juga merupakan barisan doktor sejuk mata memandang manis dan mesra mereka melayan semua peminat mereka.

TERIMA KASIH BANYAK

tersenyum adik balik buku dapat sain dapat bergambar pun dapat.

dalam perjalanan pulang ke rumah

aku : nak gambar tak ?
adik : nak laa..

aku : ok satu gambar RM 20
adik : (#$^@^#@*)%$

Antara yang MENARIK...