Bercuti di Penang War Museum

0
341
views
Penang War Museum
Penang War Museum

Bercuti di Penang War Museum. Sebelum bercuti ke Penang sebab survey tentang lokasi menarik dan wajib untuk dilawati apabila tiba di penang dan rata-rata kawan mencadangkan Penang War Museum sebagai lokasi yang mesti dilawati apabila tiba di Penang. Walaupun aku tak berapa minat tentang sejarah tapi bila dah ramai yang cadangkan apa salahnya singgah lihat mana tau ada yang menarik.

Sebelum ke muzium perang penang saya sempat singgah ke Bukit Bendera dahulu melihat permandangan pagi Pulau Pinang dari atas bukit. Tengahari singgah makan dahulu sebelum bergerak ke lokasi Penang War Museum yang berada di Batu Maung nunn jauh disana.

Muzium Perang
Muzium Perang

Tiba di Penang War Museum dalam pukul 4.00 petang agak keletihan setelah seharian berjalan tapi disambut dengan senyuman serta diberi taklimat dan asal usul sejarah War Museum sebelum meneruskan perjalanan menjelajah setiap inci muzium perang ini. Bayaran masuk bagi dewasa adalah RM 20 dan kanak² RM 10.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

anti aircraft
anti aircraft

inilah orang yang tak minat sejarah tapi bila dah jumpa benda alah ni dialah orang pertama terjun dalam terus posing nak bergambar hahahaha… berani datang laa akan ku tembak setiap pesawat yang cuba masuk ke Malaysia.. hahaha poyo plakk..

tempat pancung kepala
tempat pancung kepala

Salah satu tempat yang menjadi tumpuan ramai tempat Pancung Kepala antara yang sedikit agak seram terutamanya bila anda melawat pada waktu petang mahupun malam.

Satu lagi lokasi yang menarik adalah terowong bawah tanah yang mana anda terpaksa merangkak, membongkok dalam gelap tanpa sebarang cahaya. Anda hanya boleh meraba hadapan, kiri dan kanan untuk bergerak keluar dari terowong tersebut. Ada yang menjerit, ada yang menggigil dan ada juga yang menangis ketika mahu masuk ke terowong tersebut. Ada 3 terowong semuanya. admin sudah. Anda ?

terowong bawah tanah
terowong bawah tanah

Beranikah anda untuk masuk ?

Penang War Museum
Hari Operasi : Setiap Hari
Waktu Operasi : 9:00 am – 6:00 pm / 7:00 pm – 11:00 pm
Lokasi : No. lot 1350, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang.
No Contact : 016 421 3606 / 04 626 5142
Email : [email protected]


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here