Bercuti di Pulau Perhentian Part 3

1
341
views
matahari terbit
matahari terbit

Bercuti di Pulau Perhentian Part 3 – Sambungan dari Pulau Perhentian Part 2. Akhirnya sampai hari ke-3 hari terakhir di Pulau Perhentian Kecil selepas subuh kitaorang terus ke pantai rasa sayu nak tinggalkan pulau yang begitu indah.

Menikmati matahari terbit dari sebalik bukit sambil melihat jam ditangan sesaat demi sesaat masa berlalu tepat pukul 11 bot tiba untuk bawa kitaorang keluar dari pulau perhentian kecil. Sebelum meninggalkan pulau perhentian sepenuhnya kitaorang buat keputusan untuk singgah di kampung nelayan terlebih dahulu.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



kampung nelayan
kampung nelayan

Daripada long beach ke kampung nelayan memerlukan kita menaiki teksi (bot disini dipanggil teksi) harga RM 10 / person. Singgah di Kampung Nelayan kitaorang pergi ke gerai minum air buah sambil menikmati udara pantai. Di kampung nelayan ada beberapa aktiviti laut yang boleh dilakukan selain permandangan yang indah, makanan yang murah, orang yang peramah dan masjid yang cantik. Sementara tunggu bot terakhir untuk ke Jeti kitaorang singgah santai di masjid menikmati udara laut sejuk dan nyaman.

Tepat pukul 4 petang bot tiba untuk bawa kitaorang keluar dari Pulau Perhentian Kecil entah bila lagi dapat jejakkan kaki ke pulau perhentian kecil. Belum pergi lagi sudah rindu.

Sampai di Jeti Kuala Besut kitaorang terus beli tiket bas untuk ke Kuala Lumpur esok harinya. Kitaorang ambik keputusan untuk stay satu hari di Kuala Besut jalan-jalan cuci mata dan shopping.

Cenderahati di Jeti lebih murah berbanding di Pulau. Sekiranya anda ingin shopping banyak anda boleh shopping di Jeti tapi ingat kedai cenderahati tutup awal (6 ptg) jangan jadi macam kitaorang kedai nak tutup baru shopping.

Harga hotel di jeti agak murah harga lingkungan RM 65 – RM 120 semalam. Kena rajin berjalan cari kerana hotel / rumah tumpangan ada sekitar berdekatan jeti sahaja.

Pagi keesokan harinya seawal 9 pagi kitaorang bertolak dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur tiba di BTS tepat pada pukul 6.00 ptg

Sambungan Terakhir : Tips dan Pakej Pulau Perhentian


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here