Bercuti di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur – KL Forest Eco Park

0
108
views

Bercuti di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur – KL Forest Eco Park. Terletak kira-kira 3km daripada Pusat Bandaraya. Hutan Simpan Bukit Nanas atau lebih dikenali dengan nama Taman Eko Rimba Kuala Lumpur atau KL Forest Eco Park merupakan jenis Hutan Dipterokarpa Bukit.

Bercuti di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur – KL Forest Eco Park

Pintu Pertama Taman Eko Rimba KL

Bagaimana ingin ke Taman Eko Rimba Kl ini ? Senang sahaja, terdapat 2 jalan untuk ke taman rimba anda boleh google atau waze nama lokasi ataupun terus ke Menara Kuala Lumpur kerana taman rimba ini terletak bersebelahan taman rimba.

Anda boleh drive sendiri terus ke lokasi terdapat parking untuk kenderaan anda di jalan masuk taman rimba ataupun anda juga boleh menggunakan bas untuk ke sini mahupun train monorel akan tetapi train monorel anda perlu berjalan sekitar 15 minit sebelum tiba di pintu masuk.

Apa yang menarik mengenai Taman Eko Rimba adalah merupakan satu-satunya hutan simpan yang terletak di tengah kotaraya yang masih mengekalkan kehijauannya walaupun dijadikan tempat rekreasi dan santai. Kami masuk melalui pintu kedua seperti gambar diatas yang mana kitaorang terus jumpa canopy walk atau nama melayunya titian gantung.

Tidak pasti berapa panjang titian gantung ini tapi yang pastinya cukup panjang sehingga cukup untuk cover dari awal sehingga hampir ke penghujung jalan dan boleh melihat hampir sekeliling kawasan taman rimba ini.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



tidaklah terlalu tinggi dan tidaklah terlalu rendah rasanya orang yang gayat pun boleh lalu sebab jaring dan jarak laluan canopy walk ini amat rapat dan tidak terlalu menakutkan. Rugi sekiranya anda duduk di KL tapi tidak pernah singgah walaupun sekali.

Ada 3 cara untuk lalui taman rimba ini. Yang pertama antara pilihan ramai iaitu canopy walk, yang kedua hiking melalui jalan bawah dan yang ketiga melalui tangga. Anda boleh pilih 2 daripadanya Bermula melalui canopy walk dan patah balik ke pintu utama melalui hiking jalan bawah.

Selepas penat lelah mendaki dan berjalan sekitar taman rimba anda boleh bergambar dihadapan kl tower terdapat satu tempat menarik yang boleh anda selfie dan bergambar bersama rakan-rakan disamping terdapat rumah terbalik berhadapan taman rimba ini.

Bayaran Masuk : PERCUMA
Taman Eko Rimba KL
Koordinat : WGS 84 : N3.1499° , E 101.7023°
Waktu Operasi : 7 pagi – 7 malam

Pertanyaan:
Pejabat Hutan Bukit Nanas, Lot 240, Bukit Nanas,
Jalan Raja Chulan, 50250 Kuala Lumpur
Tel: 603- 2026 4741
Faks: 603- 2070 6342


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here