Biodata Perdana Menteri Malaysia 1 2 3 4 5 dan 6

0
726
views
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Biodata Perdana Menteri Malaysia 1 2 3 4 5 dan 6

Biodata Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj – Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan sebagai mengenangkan segala jasa dan pengorbanan beliau dalam mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Beliau menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dari tahun 1957 hingga 1963 dan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1963 hingga 1970.

baca selanjutnya di : Biodata Perdana Menteri Malaysia 1

Tun Abdul Razak Hussein
Tun Abdul Razak Hussein

Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke 2 Tun Abdul Razak HusseinTun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke 2, beliau menggantikan Tunku Abdul Rahman memimpin negara dari tahun 1970 hingga 1976.

Tun Abdul Razak Hussein Dilahirkan di Pulau Keladi, Pahang pada 11 Mac 1922, Tun Razak merupakan anak sulung kepada Dato’ Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1934 dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang.

baca selanjutnya di : Biodata Perdana Menteri Malaysia 2

Tun Hussein Onn
Tun Hussein Onn

Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke 3 Tun Hussein OnnTun Hussein Onn, merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke 3, memimpin negara dari tahun 1976 hingga 1981. Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 12 Februari 1922 dan merupakan cahayamata kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein.

Tun Hussein Onn menerima pendidikan awal di Singapura dan English College di Johor Bahru. Selepas tamat sekolah, beliau menyertai Pasukan Pertahanan Johor sebagai kadet pada tahun 1940 dan setahun kemudian dihantar ke Indian Militatary Academy di Dehra Dun, India. Selepas tamat latihannya, beliau diserap ke pasukan Indian Army dan berkhidmat di Timur Tengah semasa meletusnya Perang Dunia ke Dua. Selepas peperangan, pihak British telah mengambil beliau beliau sebagai jurulatih di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaya di Rawalpindi.

baca selanjutnya di : Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke 3

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tun Dr. Mahathir Mohamad

Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke 4 Tun Mahathir bin Mohamad – Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada 16hb Julai 1981.

Tun Dr. Mahathir Dilahirkan pada 20hb Disember 1925 di Alor Setar, ibu negeri Kedah, Tun Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal dan menengahnya di bandar kelahirannya. Pada tahun 1947, beliau mendapat tempat di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura untuk melanjutkan pelajarannya.

Selepas menamatkan pengajiannya, beliau menyertai perkhidmatan awam Malaysia sebagai Pegawai Perubatan. Pada tahun 1957 beliau meninggalkan perkhidmatan awam untuk membuka klinik perubatan di Alor Setar.
Tun Dr. Mahathir mula aktif dalam arena politik sejak 1945. Beliau telah menjadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak ditubuhkan pada 1946.

Baca Selanjutnya di : Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke 4

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Abdullah bin Ahmad Badawi – Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 pada 31 Oktober 2003. Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tun Abdullah  menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.

baca selanjutnya di : Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke 5

mohd najib abdul razak
mohd najib abdul razak

Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke 6 Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak – Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April 2009. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti.

Dato’ Sri Najib, anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di St. John’s Institution. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran peringkat menengah di Malvern Boy’s College, Worcestershire, England. Sebaik menamatkan pendidikan peringkat menengah, Dato’ Sri Najib melanjutkan pengajian di University of Nottingham sehingga memperoleh ijazah dalam ekonomi perindustrian pada 1974.

baca selanjutnya di : Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke 6


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here