Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke 4 Tun Mahathir bin MohamadTun Dr. Mahathir bin Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada 16hb Julai 1981. Tun Dr. Mahathir Dilahirkan pada 20hb Disember 1925 di Alor Setar, ibu negeri Kedah, Tun Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal dan menengahnya di bandar kelahirannya. Pada tahun 1947, beliau mendapat tempat di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura untuk melanjutkan pelajarannya.

Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke 4 Tun Mahathir bin Mohamad

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Selepas menamatkan pengajiannya, beliau menyertai perkhidmatan awam Malaysia sebagai Pegawai Perubatan. Pada tahun 1957 beliau meninggalkan perkhidmatan awam untuk membuka klinik perubatan di Alor Setar.
Tun Dr. Mahathir mula aktif dalam arena politik sejak 1945. Beliau telah menjadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak ditubuhkan pada 1946.

Selepas memenangi Pilihanraya Umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pada Pilihanraya Umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan, beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama pada tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada 1972, Member of the University Court and University of Malaya Council, dan Chairman of the National University Council pada 1974.

Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding dalam Pilihanraya Umum 1974 di mana beliau menang tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya tersebut, Tun Dr. Mahathir dilantik menjadi Menteri Pendidikan Malaysia.

Pada tahun 1976, Tun Dr. Mahathir dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri disamping terus menjalankan peranan dan tugas-tugas sebagai Menteri Pendidikan. Di dalam rombakan kabinet dua tahun kemudian, beliau melepaskan portfolio Pendidikan untuk menyandang jawatan baru sebagai Menteri Perdagangan dan Industri. Setelah dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Industri, Tun Dr Mahathir mengetuai dalam pelbagai misi dan promosi pelaburan di luar negara.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Tun Dr. Mahathir telah dipilih sebagai salah seorang daripada tiga Naib Presiden UMNO pada tahun 1975. Pada tahun 1978, beliau memenangi kerusi Timbalan Presiden parti dan pada tahun 1981 beliau dilantik sebagai Presiden parti. Beliau mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden parti pada tahun 1984 apabila menang tanpa bertanding.

Dalam pilihanraya parti 1987, Tun Dr. Mahathir mengalahkan lawannya untuk mengekalkan jawatan Presiden dan pada tahun 1990 dan 1993, sekali lagi beliau menang tanpa bertanding sebagai Presiden parti. Di bawah pentadbiran beliau, parti memerintah Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum berturut-turut pada tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Tun Dr. Mahathir berkahwin dengan seorang doktor, Tun Dr. Siti Hasmah bt Mohd Ali, dan mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Tun Dr. Mahathir telah bersara sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Sumber : Pejabat Perdana Menteri

Biodata Perdana Menteri Malaysia 1 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Biodata Perdana Menteri Malaysia 2 Tun Abdul Razak Hussein
Biodata Perdana Menteri Malaysia 3 Tun Hussein Onn
Biodata Perdana Menteri Malaysia 4 Tun Mahathir bin Mohamad
Biodata Perdana Menteri Malaysia 5 Abdullah bin Ahmad Badawi
Biodata Perdana Menteri Malaysia 6 Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak