Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Abdullah bin Ahmad Badawi. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 pada 31 Oktober 2003.

Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tun Abdullah  menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.

Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Abdullah bin Ahmad Badawi

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Setelah tamat pengajian,Tun Abdullah menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Tun Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Tun Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian yang sama pada tahun 1974.

Tun Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Tun Abdullah mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Tun Abdullah  adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Tun Abdullah telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000,Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 – 2003.

Tun Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Tun Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87) . Pada 15 Mac 1991, Tun Abdullah dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Januari 1999. Seterusnya, Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri. Selain itu, Tun Abdullah juga adalah Menteri Pertahanan.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Tun Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Datin Seri Endon Dato’ Mahmood pada tahun 1965. Setelah 40 tahun bersama, Datin Seri Endon telah meninggal dunia akibat penyakit kanser pada 20 Oktober 2005. Mereka mempunyai 2 orang anak dan 5 orang cucu. Tun Abdullah kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007. Datin Seri Jeanne mempunyai 2 orang anak perempuan.

Pengalaman Tun Abdullah

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Sumber : Pejabat Perdana Menteri

Biodata Perdana Menteri Malaysia 1 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Biodata Perdana Menteri Malaysia 2 Tun Abdul Razak Hussein
Biodata Perdana Menteri Malaysia 3 Tun Hussein Onn
Biodata Perdana Menteri Malaysia 4 Tun Mahathir bin Mohamad
Biodata Perdana Menteri Malaysia 5 Abdullah bin Ahmad Badawi
Biodata Perdana Menteri Malaysia 6 Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak

Antara yang MENARIK...