Biodata Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

1
1457
views
Biodata Perdana Menteri Malaysia ke  5
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Biodata Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003.
Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939
di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Tun Abdullah  menerima pendidikan menengah di
Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School,
Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di
Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera
dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.
 Setelah tamat pengajian,Tun Abdullah menyertai
sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha
di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969,
Tun Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN),
sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara
yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969.
Tun Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi
Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di
Kementerian yang sama pada tahun 1974.
Tun Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964.
Tun Abdullah mula bergerak aktif dalam arena politik
setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas
pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi
parlimen tersebut sehingga kini. Tun Abdullah adalah ahli
Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Tun Abdullah telah dipilih
✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun
1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan
tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000,
Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden
bagi penggal 2000 – 2003.
Tun Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting
dalam beberapa kementerian. Tun Abdullah dilantik sebagai
Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan
(1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan
(1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84),
Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87).
Pada 15 Mac 1991, Tun Abdullah dilantik sebagai
Menteri Luar sehingga Januari 1999. Seterusnya,
Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999,
sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri. Selain itu,
Tun Abdullah juga adalah Menteri Pertahanan.
Tun Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan
Allahyarham Datin Seri Endon Dato’ Mahmood
pada tahun 1965. Setelah 40 tahun bersama,
Datin Seri Endon telah meninggal dunia akibat
penyakit kanser pada 20 Oktober 2005.
Mereka mempunyai 2 orang anak dan 5 orang cucu.
Tun Abdullah kemudiannya berkahwin dengan
Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007.
Datin Seri Jeanne mempunyai 2 orang anak perempuan.
SUMBER DARIPADA : VIEW HERE
Biodata Perdana Menteri Malaysia ke  5
Anda Mungkin Inginkan…
  •  Biodata Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
  • Biodata Y.A.B Tun Hussein bin Dato’ Onn
  • Biodata Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein
  • Biodata Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
  • Biodata Tun Dr Mahathir Mohamad
  • Dato’ Seri Najib Tun Razak

Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here