Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia ke 8

0
584
views

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia ke 8. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan melantik YB Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri ke-8 selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 (Ahad) Beliau dilantik pada 29 Februari 2020 dan bersumpah pada 1 Mac 2020 selepas peletakan jawatan yang tidak dijangka oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari 2020.

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia ke 8

tan-sri-muhyiddin-yassin

Dilahirkan pada 15 May 1947, Tan Sri Muhyiddin Yassin berumur 73 tahun (2020) dilahirkan di Muar, Johor. Tan Sri Muhyiddin berkahwin dengan Puan Sri Hajjah Noorainee Abdul Rahman pada 22 September 1972 dan dikurniakan 4 cahaya mata.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail (sekolah aliran Inggeris) serta Government English School di Muar (sekolah menengah). Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada tahun 1968 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu (1970). – (kredit wikipedia)

Tan Sri Muhyiddin Yassin, 73 tahun, ialah Ahli Parlimen P143 Pagoh sejak 1978 hingga 1986 dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan serta Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dalam tempoh tersebut. Kemudiannya beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor daripada tahun 1986 hingga 1995 sebaik dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang.

Selepas itu Tan Sri Muhyiddin kembali berkhidmat dengan kerajaan persekutuan sebaik terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum 1995. Pada Pihan Raya Umum ke-14 lalu, beliau turut terpilih sebagai (ADUN) N09 Gambir. Tan Sri Muhyiddin kini menyandang jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Selepas PRU14 beliau dilantik menerajui Kementerian Dalam Negeri.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Tan Sri Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10 semasa menganggotai Jemaah Menteri pada 2013. Sebelumnya, sejak tahun 1995 hingga 2015, beliau menyandang beberapa jawatan termasuk sebagai; Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pelajaran dan Menteri Pendidikan I.

Diperingkat awal kerjayanya di sektor awam, bermula sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bahagian Latihan dan Biasiswa) pada 1970 dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar pada 1974. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting sektor korporat di beberapa anak syarikat pelaburan kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Takzim (PKENJ); kini Perbadanan Johor (JCorp) sejak 1974 hingga 1978.

Tan Sri Muhyiddin menyertai BERSATU sejak September 2016 dan dilantik sebagai Presiden BERSATU dan Ketua BERSATU Bahagian Pagoh pada tahun sama. Tan Sri Muhyiddin sebelum ini pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dari tahun 2009 hingga tahun 2015.

Pada 1 Mac 2020, Tan Sri Muhyiddin telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.

Baca Biodata Perdana Menteri Malaysia sebelum Tan Sri Muhyiddin yassin Selanjutnya Biodata Perdana Menteri Malaysia 1,2,3,4,5,6,7,8


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here