Bowling Murah Elite Bowl Residensi UTM KL

2
471
views

Bowling Murah Elite Bowl Residensi UTM KL. Minggu lepas berlangsungnya pertandingan bowling unit perhubungan awam tempat kerja yang berlangsung di Elite Bowl Residensi UTM bertempat jalan semarak Kuala Lumpur.

Bowling Murah Elite Bowl Residensi UTM KL

elite bowl utm residencesLokasi ini dipilih kerana berdekatan dengan tempat kerja dan murah berbanding dengan tempat lain. Tempat ini juga bersih dan dikatakan baru lagi tapi dah ramai yang mengunjungi tempat ini.

Planning awal sikit je akan hadir hari keluarga tapi bila waktu hari keluarga penuh orang tempat ni sampai nak main bowling pun jadi segan sebab ramai orang menonton. Tapi alhamdulillah tak masuk longkang dapat juga tempat ke3 individu dan kumpulan walaupun markah tak berapa nak tinggi hahahah (naseb yang lain pun tak pandai main hahaha).

elite bowlnampak tak.. muka menang hadiah walaupun markah tak berapa nak tinggi.. sentiasa comel gitu hahahaha.. sampai terkejut boss aku buat muka pelik hahaha..

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

habis game ramai yang ajak repeat nak lawan balik.. hahaha jeles la tu aku menang walaupun markah sikit hahahaha.. tapi memang best main kat sini line baru.. dah ramai ajak repeat balik sejak main kat sini.

Harga Elite Bowl UTM

harga elite bowl utmuntung jadi student harga dia murah beb.. so far harga dia boleh tahan la kalau nak main brape game daripada lokasi tempat lain terutamanya mall. Nampaknya lepas ini elite bowl dah boleh jadi tempat aku lepas geram kat orang la.

Parking ? so far yang aku pergi masih free lagi. Korang boleh parking dalam bangunan ni tingkat 3-6. Parking dia pusing2 kalau tak tahan parking je tingkat 3 then naik lift terus sebelah bowling. Kalau tahan pening naik terus sampai tingkat 6 terus jumpa bowling ni.

Elite Bowl Residensi UTM KL
Lokasi : Elite Bowl LEVEL 6, THE [email protected]
Kuala Lumpur, Malaysia 54100


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here