Buat Sendiri Sangkar Burung Harga Murah

0
381
views

Buat Sendiri Sangkar Burung Harga Murah. Dah lama tak bela burung sangkar lama pun dah mereput dan dah hancur. Tetiba abang pula beli burung cockatiel bagi untuk dijaga. Burung kecik lagi tak boleh terbang makan pun bersuap.

Buat Sendiri Sangkar Burung Harga Murah

sangkar burungDah hampir sebulan burung ada tanda-tanda nak terbang dan dah mula kibar sayap tanda-tanda nak terbang. Nak tak nak terpaksa cari sangkar lebih besar untuk dia bermain dan belajar terbang.

Pergi ke kedai burung kebanyakannya menjual sangkar kecik dan mahal makanya terpaksa cari idea untuk buat sangkar sendiri lebih besar dan murah berbanding beli.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Maka terhasillah sangkar seperti diatas dengan harga yang agak berbaloi walaupun hasil tak cantik tapi insyallah tahan lama kerana dawai dan kayu yang digunakan berkualiti. Boleh buat bentuk petak tapi kena tambah kayu lagi dan boleh ja buat tanpa kayu tapi nanti tak stabil atau tak kukuh sangat..

Harga Barang :
Jaring : 10 kaki = RM 25 (1 kaki RM2.50) ikut berapa besar nak buat
Kayu : 2 panjang = RM 8 (1 RM 4)
dawai/cabel tight = Dah ada

jaring boleh dapat lagi murah tapi kualiti kurang sikit jaring yang kitaorang beli jenis yang salut hijau so tahan karat dari jaring biasa. Kayu ada lebih buat buaian untuk dia bermain ternyata dia suka gigit buaian dari bermain hahaha..

jaring tu ada lebih lagi sebenarnya tapi malas nak buat besar sangat sebab burung ni nak letak dalam rumah dan bila nak main akan lepaskan dia terbang dalam ruang tamu.

Siap sangkar try masukkan semalam tengok esoknya burung dah pandai terbang walaupun duk langgar dinding dalam rumah hahaha belum ambik lesen terbang lagi.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here