bulan kemarahan ummah

KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin melancarkan program Bulan Kemarahan Ummah, semalam, bertujuan menggesa masyarakat antarabangsa turut serta menyelamatkan Gaza dari terus bermandi darah akibat keganasan Zionis Israel.

Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, Bulan Kemarahan Ummah dianjurkan selama sebulan sebagai tanda solidariti umat Islam. “Perkataan ‘kemarahan’ yang digunakan adalah mesej kebangkitan rakyat negara ini terhadap kebiadaban Israel membunuh penduduk awam. Ia jelas menunjukkan rakyat Malaysia mahu kekejaman itu dihentikan.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

“Kami tidak akan berdiam diri terhadap jenayah yang dilakukan (Israel),” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kemarahan Ummah, semalam. Pada majlis itu, kira-kira 2,000 rakyat negara ini berhimpun bagi menyatakan bantahan dan kemarahan terhadap tindakan kejam tentera Zionis Israel.

sumber : sinarharian

abgferoz

walaupun keletihan beraya semalam masih sempat turun padang memberi sokongan kepada rakyat palestine dan terus masuk kerja di hari minggu.. ohhh sungguh ku keletihann..

Antara yang MENARIK...