Cacing Parasit Ditemui Dalam Perut Penggemar Sushi. London – Penggemar sushi diberi amaran mengenai bahaya makanan sushi selepas seorang doktor menemui cacing di dalam perut seorang pesakit akibat memakan ikan yang tidak dimasak.

Cacing Parasit Ditemui Dalam Perut Penggemar Sushi

cacing parasit dalam perutPakar pemakanan dari protugal memberitahu, mereka merawat seorang pesakit lelaki berusia 32 tahun yang didapati mempunyai larva parasit melekat pada lapisan ususnya.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Pesakit tersebut dikatakan menderita sakit perut, muntah-muntah dan demam selama seminggu. Ujian darah menunjukkan terdapat keradangan sederhana dan kesakitan pada bahagian bawah tulang rusuknya.

“Lelaki itu memberitahu doktor bahawa memakan sushi dan pasukan doktor menjangkakan dia dijangkiti anisakiasisi,” ujar laporan yang disiarkan oleh Jurnal Perubatan British.

Anisakiasis merupakan penyakit parasit berpunca daripada sejenis cacing anisakid nematodes yang boleh menyerang dinding perut dan usus manusia. Ia berlaku apabila seseorang individu memakan ikan atau sotong mentah.

Kredit : Kosmo 16 Mei

keratan akhar kosmo

kredit : kosmo

Antara yang MENARIK...