Cara atau Tips Khusyuk Solat

3
584
views

Cara atau Tips Khusyuk Solat. Ramai yang mampu solat dengan baik tapi tidak ramai yang mampu untuk khusyuk ketika solat dan disini saya kongsikan sedikit sebanyak cara atau tips khusyuk solat untuk dijadikan panduan untuk kita lebih khusuk dalam solat kita.

Cara atau Tips Khusyuk Solat

solat

Imam al-Ghazali telah menggariskan 6 cara untuk khusyuk dalam solat. Iaitu:
1. HUDHUR AL-QALB (HADIRKAN HATI)
πŸ‘‰Kita hendaklah berusaha membuang semua perkara duniawi yang tidak berkaitan dengan solat dan tidak ada hubungan dengan Allah.

βœ” LIKE US FOR UPDATES βœ”



2. TAFAHHUM (MEMAHAMI)
πŸ‘‰Cubalah untuk memahami segala makna yang dilafazkan dalam solat seperti makna bacaan al-Fatihah, bacaan ketika rukuk, sujud dan lain-lain.

3. AT-TA’DZIM ( MENGAGUNGKAN ALLAH)
πŸ‘‰ Apabila hendak memulakan solat iaitu ketika mengangkat takbir cuba hadirkan dalam hati iaitu berasa diri kita sangat kerdil dan hina di depan Allah yang Maha Agung.

4. AL-HAIBAH (MERASA GERUN KEPADA ALLAH)
πŸ‘‰ Hadirkanlah rasa takut dan gerun kita kepada Allah. Bayangkanlah azab di dalam kubur, keadaan huru-hara di Padang Mahsyar, gambaran neraka dan seumpamanya.

5. AR-RAJAA’ (BERHARAP KEPADA ALLAH)
πŸ‘‰ Sentiasa menaruh harapan agar amalan solat kita akan diterima oleh Allah dan dapat membantu kita di Akhirat kelak.

6. AL-HAYA’ (MALU)
πŸ‘‰ Hadirkan rasa malu kepada Allah atas kekurangan dan kelemahan diri kita. Allah telah mengurniakan segala nikmat kepada kita tapi kita selalu lalai, tidak bersyukur dan lupa untuk mengabdikan diri kita sebagai seorang hamba kepada yang Maha Esa.

#BahagianDakwahJakim


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik βœ” Like Dibawah. Terima Kasih


3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here