Cara Daftar dan Semak Status i-Lestari Online Mudah Dan Cepat

0
412
views

Cara Daftar dan Semak Status i-Lestari Online Mudah Dan Cepat. Untuk makluman, satu penambahbaikan baru telah dibuat oleh pihak KWSP dan berikut adalah antara manfaat yang bakal anda nikmati adalah Tidak perlu borang, Tidak perlu pergi cawangan atau beratur dan Semuanya dalam talian sahajan.

Cara Daftar dan Semak Status i-Lestari Online Mudah Dan Cepat

i-lestari online

i-Lestari, ialah kemudahan pengeluaran khas yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka yang terjejas semasa tempoh yang mencabar ini. Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Pengeluaran i-Lestari KWSP ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

Melalui kemaskini yang dibuat pihak KWSP anda hanya memerlukan kurang daripada 10 minit untuk mengisi soalan ringkas tentang maklumat anda dan maklumat perbankan anda untuk pembayaran.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



i-lestari-online

*Isi semua maklumat mandatori, dan klik HANTAR. Anda siap menerima pembayaran mengikut kadar permintaan anda maksimum RM500 sebulan.

Sebarang permohonan perlulah melalui laman sesawang KWSP dan bukannya laman sesawang lain, untuk permohonan anda boleh layari laman i-Lestari Online KWSP

Bagi mereka yang telah mendaftar i-Akaun.

KWSP telah menerima permohonan pendaftaran i-Akaun anda dan akan membuat panggilan susulan melalui talian sehala kami di 03 8922 4000.
(Jangan hubungi no 03 8922 4000 kerana ia adalah untuk panggilan sehala sahaja)

AMBIL PERHATIAN. Sekiranya anda menerima panggilan dari nombor ini, ia adalah TULEN daripada KWSP dan ejen kami akan memperkenalkan diri sebelum perbualan dimulakan.

Talian ini beroperasi 7 hari seminggu, dari 8 pagi hingga 7 malam.

Bagi mengelakkan kesesakan talian, kami mohon anda bersabar dan tunggu panggilan dari kami.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here